Blog Teknologi Pertanian

23 Apr, 2009

Penanaman Betik

Posted by: admin In: Betik| pertanian

Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik. Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang. Cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak bagi tanaman betik.

Penyediaan Benih:Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi tanaman setiap hektar tanah dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman jika ada yang tidak hidup selepas ditanam. Biji benih elok disemai ke dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm. Isikan polibeg dengan campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai dan 1 bahagian bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu). Sebelum biji benih disemaikan, adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan terkena serangan kulat.

Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu. Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput. Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.

Menanam:Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak. Gali lubang sedalam 30 cm dan 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m, boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok sehektar. Semasa menanam gaulkan tanah di permukaan atas dengan baja phosphate sebanyak 200 g -250 g. Pilihlah musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam, kalau masa hujan yang banyak boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik yang belum berfungsi itu menjadi busuk.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/panduan_tanambetik.htm

Tags: ,

No Responses to "Penanaman Betik"

Comment Form


  • SHIMA: apakah serangan2 yang biasanya menjadi masalah kepada pertumbuhan cendawan tiram kelabu,,racun yang bagaimana patut digunakan dalam penjagaan cendawan
  • alim: mana blh dapat benih longan ping pong ,berlian saya minat nak beli tk banyak ddalan 20 pokok je ,contak Halim 0137735895
  • osman: salam.....klu sy ingin dptkan formula tuk penyediaan em...bagaimana?skrg sy menjalankan cili fertigasi dlm kuantiti yg sedikli..so mustahil klu sy ing

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!