Blog Teknologi Pertanian

05 Aug, 2009

Tanaman Jagung

Posted by: admin In: Jagung| pertanian

Jika anda ingin menceburi bidang pertanian dan masih lagi tercari tanaman yang ingin diusahakan, tanaman jagung adalah satu yang menguntungkan.

Pada kebiasaanya, Kultivar yang disyorkan ialah Thai Supersweet, Mas Madu, dan Improved Manis Madu. Thai Supersweet ialah sejenis komposit dari Thailand. Manis Madu pula berasal dari Thai Super Sweet setelah dibuat pemilihan untuk penyesuaian oleh pihak MARDI. Manakala Improved Manis Madu (juga dari MARDI) adalah hasil pembiak-bakaan berasaskan kacukan antara Honey Jean No. 2 yang memiliki gen sh2 shruken gene dan /(cross 7824 (sejenis jagung bijirin). Honey Jean No 2 adalah sejenis jagung hibrid dari Taiwan yang mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yang lebih seragam kalau dibandingkan dengan kultivar tempatan.

Satu kilogram biji benih mengandungi lebih kurang 7 ribu biji benih, Untuk sehektar kawasan kira-kira 10kg biji benih diperlukan. Jarak tanaman yang disyorkan secara manual ialah 75cm antara baris dan 50cm dalam baris. Biji benih ditanam sedalam 3 - 5cm bergantung kepada keadaan tanah dan cuaca. Biji benih boleh ditanam lebih cetek di tanah yang lembab dan pada musim hujan. Masukkan 3 biji benih dalam satu lubang.
Penjarangan dilakukan 12-14 hari selepas menanam. Tinggalkan 2 pokok selubang. Penyulaman tidak disyorkan jika kadar percambahan melebihi 50% kerana pokok sulaman yang tumbuh di antara pokok-pokok asal biasanya tidak berdaya untuk bersaing dengan pokok-pokok asal dan akan mengeluarkan tongkol yang kecil.
Tongkol-tongkol bagi kultivar komposit yang disyorkan mula dituai di antara 68 - 72 hari selepas tanam. Jagung hibrid seperti Honey Jean No 2 berbunga lebih awal dan mula dikutip 60 - 65 hari selepas penanaman. Tongkol jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya telah mencapai saiz maksimum tetapi belum menunjukkan tanda kecut. Tongkol jagung pada peringkat ini mempunyai rerambut yang berwarna perang. Warna rerambut dipengaruhi kesuburan pokok. Pokok yang subur dan menerima kadar nitrogen yang tinggi dan rerambut tongkolnya lambat perang. Tongkol jagung dari pokok yang lebih subur biasanya matang lebih awal dari pokok yang lain.
Kutipan hasil perlu dijalankan setiap dua hari dan boleh diteruskan sehingga dua minggu. Hanya tongkol-tongkol yang dipastikan telah berisi sahaja yang dijual. Batang pokok yang telah dituai dipatahkan untuk memudahkan penuaian kali kedua.
Bagi kultivar yang disyorkan biasanya setiap pokok hanya mengeluarkan satu tongkol sahaja. Bagi pokok yang mengeluarkan 2 tongkol biasanya tongkol kedua (tongkol yang di bawah) kurang bermutu. Dengan penjagaan yang baik saiz tongkol akan lebih besar iaitu melebihi 500 gm setongkol dan berkualiti. Jumlah tongkol sehektar boleh mencapai 25 ribu. Kalau dicampurkan dengan tongkol yang bersaiz sederhana tongkol yang boleh dipasarkan dianggarkan berjumlah 30 ribu tongkol sehektar.

2 Responses to "Tanaman Jagung"

1 | farid

September 2nd, 2009 at 4:43 am

Avatar

bagaimana untuk mendapatkan benih jagung yang berkualiti ini, saya ingin memulakan penanaman jagung dimana khidmat nasihat yangs esuai untuk belajarnya

2 | zila

November 16th, 2009 at 7:44 am

Avatar

bagaimana mahu pasarkan jagung?

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!