Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik. Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang. Cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak bagi [...]