Gambar di atas ini saya tak pasti ada berapa jenis anak pokok jambu madu. Tetapi menurut maklumat yang tertera, ada 2 jenis jambu madu yang dinyatakan keterangannya.
- Jambu Leong/Clay Apple
- Jambu madu Chiang Mai
Serba sedikit tentang Jambu Leong/Clay Apple;
- Mula berbuah selepas 2 tahun ditanam (berbuah lebat selepas 3 tahun)
- Buah besar dan bewarna merah terang
- Isi ranggup dan manis
- Memerlukan pangkasan dahan untuk mendapat hasil yang banyak
Serba sedikit Jambu madu Chiang Mai;
- Jambu madu terbaru dari Thailand
- Mula berbuah selepas 2 tahun ditanam (berbuah lebat selepas 3 tahun)
- Buah besar dan panjang dari jambu madu biasa
- Buah perlu dibalut untuk mendapat hasil yang baik
Tags: Jambu Leong, Jambu madu Chiang Mai