Blog Teknologi Pertanian

03 Feb, 2009

Cili organik fertigasi

Posted by: admin In: Fertigasi| cili| organik| pertanian

Tanaman cili organik yang menggunakan 100% baja organik iaitu  menggunakan teknologi EM dan IMO. Kaedah pemberian larutan EM menggunakan sistem fertigasi.

Cili organik yang mempunyai kualiti buah yang lebih baik

Hasil cili organik ini boleh mencapai tahap yang membanggakan walaupun hanya menggunakan baja organik

Cili merah yang sedang masak dan sedia dikutip hasilnya

Tangki larutan yang digunakan bagi pengagihan larutan EM diberikan kepada pokok cili.

Selain itu, media bagi penanaman ialah menggunakan tanah campuran dan baja kompos Bokashi EM . Baja kompos inilah yang membekalkan banyak nutrien kepada pokok.

Baja organik yang terkandung dalam teknologi IMO seperti FAA, FPJ dan lain-lain lagi juga digunakan sebagi sumber nutrien serta fungsi yang lain.

Penyediaan larutan EM yang dihasilkan sendiri dapat menjimat kos operasi serta mengurangkan penggunaan racun serta baja kimis.

‘Pertanian adalah Perniagaan’

4 Responses to "Cili organik fertigasi"

1 | Ahmad

February 25th, 2009 at 8:21 am

Avatar

Sgt menarik. EM bukanlah sejenis baja, setahu saya. Penambahan EM4 kedlm pembuatan baja organik hanya sebagai agen mempercepatkan proses pereputan di dlm penghasilan baja organik tersebut.

Kejayaan saudara sgt mengkagumkan. Bolehkah saya berjumpa dan melawat ladang cili saudara untuk menimba ilmu dan pengelaman?

2 | admin

February 25th, 2009 at 8:53 am

Avatar

Memang benar EM itu bukan baja.. tetapi baja Bokashi yang sebenarnya membekal nutrien kepada tanaman.. Penambahan EM adalah bagi meningkatkan lagi proses pengambilan nutrien oleh tanaman dan pelbagai lagi fungsi.. Untuk makluman saudara, ladang tersebut bukan ladang saya tetapi ladang pengusaha cili yang terletak di Beranang..

3 | sam

March 16th, 2009 at 4:48 pm

Avatar

boleh tolong bagi no.tel @ alamat ladang tersebut coz saya nak mulakan projek cili fertigasi secara organik t.kasih

4 | admin

March 22nd, 2009 at 12:58 pm

Avatar

Maaflah.. saya tidak boleh no.tel org sebarangan.. takut orang tersebut marah pulak kerana menganggu privasi..

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!

eBook Import Dari China