Blog Teknologi Pertanian

20 Jan, 2010

Klon Belimbing yang Baik

Posted by: admin In: Belimbing| pertanian

Di Malaysia, sebanyak 17 klon telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Hanya 3 klon iaitu B 2, B 10 dan B 17 yang banyak ditanam. Klon B 2 (MAHA 66) seberat 150-200 g sebiji . Isi buah berwarna putih kehijauan, manis, berair dan bertekstur halus. Seginya yang lembut menyebabkan buahnya cepat rosak. Klon ini banyak ditanam sebagai pemberi debunga untuk meninggikan peratus pembentukan buah klon lain.
Buah klon B 10 besar, 200-300 g sebiji.. Apabila masak, buahnya kuning keemasan, manis, mengandungi air yang banyak dan tekstur yang halus serta beraroma. Kandungan pepejal larut (TSS) purata ialah 8-10%. Klon ini mempunyai ciri yang baik untuk pasaran antarabangsa.
B 17 (Belimbing Madu) ialah klon yang terbaru yang didaftarkan pada tahun 1988. Buahnya berbentuk silinder, berwarna merah keemasan, berserabut, berair tetapi rangup dan pejal serta beraroma sederhana. TSS buah ialah 12-18%.
Klon B 11 (Chan Yong 1) sangat kurang ditanam. Pokoknya yang kecil sangat sesuai untuk pengendalian buah dan sebagai pemberi debunga untuk klon yang terpilih seperti B 10 dan B 17. Buahnya kuning kemerahan, berserabut dan berbentuk silinder dengan segi yang tebal.
Biasanya, pokok yang dibiakkan secara tampang akan mula mengeluarkan bunga beberapa bulan selepas ditanam. Walau bagaimanapun, bunga pada pokok yang berumur kurang daripada setahun perlulah dibuang supaya pertumbuhan tampang pada peringkat awal tidak terganggu. Pokok mula digalakkan untuk mengeluarkan hasil pada tahun yang kedua.

Buah yang banyak mudah didapati tetapi buah yang besar dan berbentuk baik serta tidak diserang oleh serangga perosak sukar diperolehi. Saiz buah boleh ditingkatkan dengan menjarangkan dan membalut buah.

Sebanyak 300-400 biji buah perlu dibuang bagi setiap 1,000 buah yang terbentuk. Buah klon B 10 boleh dipetik setelah 42-45 hari dibalut.Biasanya, musim puncak hasil ialah bulan April dan Disember. Di Malaysia, hasil untuk pulangan keuntungan ialah 200 biji/pokok.

Belimbing mempunyai kadar pembentukan buah yang rendah (2.79-2.98%) kerana tanaman ini memerlukan pendebungaan dari dua jenis benang sari yang berbeza. Oleh itu, sistem campuran klon perlu diamalkan bagi meninggikan hasil. Sistem yang sering diamalkan adalah mencantumkan klon B 2 atau B 11 pada satu dahan pokok B 10 atau B 17. Teknik ini akan membanyakkan peluang untuk pendebungaan silang.

No Responses to "Klon Belimbing yang Baik"

Comment Form


  • Azhar: Salam. Saya dari bandar baharu, kedah. Dimana boleh dapatkan benih sekaki yg terdekat. Kami perlukan sekitar 100 pokok
  • mr roscorn: pokok jambu madu ayah saya dah 4 tahun.adalah sepokok kat blakang gumah..memang lebat..tapi better time kita balut, pokuslah bahagian tertentu yang pr
  • mr roscorn: dapatkah sesiapa yang mulia untuk ceritakan cara terbaik tanam beti, samada berbatas atau tidak, jajrak yang konsisten untuk tanaman secara maksimum p

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!