Blog Teknologi Pertanian

09 Oct, 2009

Keledek Vitato

Posted by: admin In: Keledek| pertanian

vitato

(MARDI) terus mengorak langkah memajukan industri pertanian dengan memperkenalkan ubi keledek varieti “VitAto”  yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A. Kajian terhadap VitAto itu mengambil masa lebih lima tahun hasilnya  mendapati ubi keledek varieti baru ini sesuai ditanam di tanah jenis bris yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. VitAto mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar atau lima kali ganda berbanding jenis terdahulu iaitu dari jenis Gendut, Telong dan Jalomas.

VitAto boleh dimakan selepas direbus, dikukus, digoreng atau dibakar serta boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng (fries), kek, ban dan mufin.Ubinya berbentuk bujur panjang serta isinya berwarna oren.

Tags: ,

3 Responses to "Keledek Vitato"

1 | zulkefli saad

October 19th, 2009 at 2:55 am

Avatar

saya ingin menamam keledek jenis vitato ini,dimana saya boleh dapatkan benihnya?kalau ade hubungi saya di no 019-2534575 dgn segera.

2 | AIDILA

November 6th, 2009 at 2:38 am

Avatar

sama la…..saya pun minat nk tanam tp t6ak tahu mana nak dapat benih nyer…

3 | ysuhaimi

November 22nd, 2009 at 2:15 am

Avatar

Boleh hubungi pusat biji benih Ibu Pejabat MARDI Serdang

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!