Blog Teknologi Pertanian

26 Jul, 2009

Penanaman Cili

Posted by: admin In: cili| pertanian

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan
penduduk Malaysia, la dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telahdiprosesdalam bentukcili kering, cili boh, cilijeruk, serbuk cili dan soscili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ‘capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.
Umumnya, penduduk Malaysia menggunakan 33,300 tan cili setahun. Sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan/tahun. Sebagai memenuhi kepertuan, cili terpaksa diimport sama ada dalam bentuk segar, kering dan juga serbuk.

Penanaman Cili
Cili sesuai ditanam pada suhu 20 - 30°C dengan taburan hujan di-antara 1500 - 2000 mm sebulan. Sekiranya air dapat dibekalkan, penanaman padamusim kemaraujuga dapat memperolehi hasilyang memuaskan.

Faktor Tanah

Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong). Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5-6.8.

Biji benih yang bermutu tinggi perlu digunakan. Sejumlah300-500g
biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman. Biji benih dirawat dengan
racun kulat thiram 3g/1000g benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam. Anak benih boleh ditanam di bawah jaring kalis serangga.

Semaian Polibeg
Polibeg berukuran 12 cm x 20 cm x 0.1 mm diisi dengan tanah campuran. Tanam 2-3 bijibenih sedalam 0.5 cm. Penjarangan dijalankan apabila anak benih mempunyai 2-3 helai daun Tinggalkan satu pokok setiap polibeg. Letak polibeg di tempat teduh yang didirikan daripada plastik tembus cahaya dan jaring kalis serangga.

5 Responses to "Penanaman Cili"

1 | Cherisha

August 4th, 2009 at 2:49 am

Avatar

Tahniah! Blog ini mmg satu blog yg berjaya krn dpt memberi byk informasi yg berguna. Saya seorang pelajar siswazah di USM. Saya mempunyai seorang kawan juga pelajar Phd sdg menjalankan penyelidikan ttg ulam. Masalah yg dihadapi ialah dia hendak menanam ulam utk memudahkan penyelidikan ttp dia tak dpt cari benih utk ulam. Saya ingin menanya jika saudara mempunyai maklumat ttg tempat mendapatkan benih ulam ini. Bantuan saudari amat dihargai. Ini adalah email saya, .. Terima kasih

2 | azremy bin muhamad

August 4th, 2009 at 9:18 am

Avatar

Assalammualaikum.., saya ingin memberi cadangan bahawa, apa kata kita gunakan sistem automasi dalam bidang pertanian. dimana kita hanya menggunakan sumber tenaga manusia hanya seorang sahaja untuk mengawal semua ladang kita dengan cara kita moniter dan kawal dlm komputer… teknologi tersebut ada… saya insyaallah akan membantu…. Tahniah pada saudara yang mengusahakan tanaman tersebut… ini email saya..,

3 | siti

August 11th, 2009 at 2:45 am

Avatar

Kebanyakkan Pokok Cili akan mengalami penyakit seperti daun kerinting. di sini saya ingin mengesyorkan satu produk yang boleh merawat tanaman dan juga merawat kesuburan tanah. BAJA ORGANIK ABU TANDAN KELAPA SAWIT PROSES. Harga yang berpatutan, 1 Ton RM 700.00 kos penhantaran mengikut tempat. baja ini juga boleh menambah berat buah. sesuai juga digunakan untuk kelapa sawit dan semua tanaman kontan.

4 | admin

September 1st, 2009 at 10:56 am

Avatar

Ulam apa yang diperlukan..

5 | Norisham

November 1st, 2009 at 10:38 pm

Avatar

Saya menanam cili dalam polibag utk kegunaan sendiri (2beg). Masalah cili saya ialah telah diserang oleh serangga seperti lalat. Buah akan membengkok selepas dihinggap. Apakah jenis racun yg sesuai utk digunakan utk mengatasi masalah ini?

Comment Form


  • Tanagaran: im looking for the grapes root,if anyone know where to get that means please let me know about it, by Email or call me [email protected]. 017-4877
  • Julius B Sikuil: Salam sejahtera..keluarga saya ada tanam 400 pokok rock melon keadah fertigasi dalam RPH. Saya ingin tanya cara pendebungaan. Terima kasih..
  • Taib Abdullah: As Salam, Nak tanya sikit, pokok jambu madu nii berapa lama baru keluarkan bunga dan buah. Pokok jambu madu yang saya tanam nii adalah kira-kira du

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!