Blog Teknologi Pertanian

19 Jul, 2009

Pembajaan Pokok Pisang

Posted by: admin In: Pembajaan| Pisang| pertanian

Sepintas lalu bagaimana melakukan pembajaan pokok pisang. Untuk makluman Jarak tanaman pokok pisang adalah seperti berikut;
2.5 m x 2.5 m - kepadatan tanaman 1600pokok.
3 m x 3 m - kepadatan tanaman 1100 pokok.
3 m x 3 m (selingan) - kepadatan tanaman 700 - 900 pokok. Dilaksanakan sebaik sahaja pembajakan kedua selesai dilakukan.

( seminggu sebelum menanam )
Gaulkan baja CIRP ( 100g/pokok ), 8:8:8 ( 60g/pokok ) dan GML ( 60g/pokok )dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut

Sulur-sulur dicelup ke dalam air panas bersuhu (55°C) selama 5-10 minit
Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit

Minggu 1- bulan 24
Siram sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hari hujan.
Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang’mencukupi. Kadar penyiraman ialah 8-12 liter/sehari.

Bulan 1- Bulan 5 ( mengikut kadar 100g bulan 1 dan 150g bulan seterusnya )

Baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.

Bulan 4 dan bulan 9

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Bulan 6
Tabur baja NPK 12:12:17:2 (75g/pokok) di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Bulan 9
Baja NPK 12:12:17:2 (250g/pokok) ditabur di sekeliling pokok Atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

Bulan 12-13
Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

2 Responses to "Pembajaan Pokok Pisang"

1 | anuar

July 19th, 2009 at 6:13 pm

Avatar

penanaman pokok pisang (awak) hendak lah disekitar tempat yang terlindung terus dari pancaran matahari dan baja yg mencukupi.pokok akan menjadi lebih sihat dan subur. menghasilkan pisang yang baik boleh mencapai berat setandan pisang pisang sekitar 30 hingga 40 kg.

2 | admin

July 24th, 2009 at 12:20 pm

Avatar

Terima kasih kerana berkongsi maklumat.. Itu yang kita mahukan..

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!