Blog Teknologi Pertanian

16 Sep, 2009

Racun Perosak Pertanian

Posted by: admin In: @Racun Perosak| pertanian

Racun perosak merupakan sebarang bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan makhluk perosak.
Kegunaan racun perosak kebiasaanya adalah bertujuan bagi pengeluaran komoditi pertanian, perhutanan & industri kayu-kayan, penternakan haiwan , kesihatan awam , perosak seisi rumah dan lain-lain lagi.
Jenama dagangan sesuatu racun perosak biasanya tertulis pada bungkusan racun perosak yang dijual di kedai. Contohnya : Roundup, Ally 25DF, Confidor 100 SL, Dursban 75+, Antracol 35 WP dan sebagainya.

Bilakah racun perosak sesuai digunakan?
Anda dinasihatkan menggunakan racun perosak Hanya apabila serangan melebihi ATL. Utamakan ketoksidan yang rendah dan Jika perlu ulangi rawatan sila…

  • Patuhi jadual kekerapan, selang seli dengan racun perosak yang mempunyai cara tindakan berbeza dan patuhi keperluan TDMH
  • Paling penting sekali ialah membaca label dan patuhi segala arahan yang tertulis di atasnya.

3 Responses to "Racun Perosak Pertanian"

1 | Meor Amri Bin Ibrahim

October 2nd, 2009 at 9:40 am

Avatar

Terima kasih kepada Blog Teknologi Pertanian kerana banyak maklumat berguna yang dikongsikan di sini. Sebagai tambahan kepada ‘Racun Makhluk Perosak’, terma yang digunakan adalah meliputi Racun Rumpai, Racun Serangga, Racun Fungus, & Racun Roden.

Ada info tentang Pest Blocker? Product ini dikatakan dapat menghalau haiwan perosak tanaman seperti Babi Hutan, Lembu, Kambing & Kerbau.

TQ.

2 | ZAHIDIN

November 12th, 2009 at 4:12 pm

Avatar

Sapa mempunya dusun durian (pokok dah besar 9 tahun). Perlu ke saya menguna racun anai anai sebgai pencegahan. Kalau perlu bagaimana pengunaannya

3 | Mukhlis

November 26th, 2009 at 2:22 am

Avatar

Salam En. Zahidin,

Kami mengeluarkan baja Bio-Organik Subotani yang juga mengandungi “Bio-Control agents”. Ia mengawal serangan fungi dan kulat yg boleh menjejaskan tanaman.


http://www.globalmicrobes.com

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!