Benih tanaman pisang boleh diperolehi dengan menggunakan sulur pedang, teknik belahan dan tisu didik.
Menanam
Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai bagi tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Manakala bagi sistem tanaman selingan, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700-900 pokok/ ha. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm x 30 sm digali dan diisi dengan campuran 100gm baja fosfat (CIRP), 100gm kapur (GML), 100gm baja organik dan 25gm Carbofuran sebelum benih pisang ditanam.
Menyokong Pokok
Pokok akan mulai condong apabila tandan buah mulai membesar. Oleh itu batang pisang perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau kejadian patah tengkuk kerana tidak dapat menampung buah yang berat.