Blog Teknologi Pertanian

06 Apr, 2009

Penanaman Ubi keledek

Posted by: admin In: Ubi keledek

Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin. Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.

Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang.

Penyediaan Tanah

Keledek ditanam di atas batas. Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah. Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanamubi.htm

6 Responses to "Penanaman Ubi keledek"

1 | md nor

May 20th, 2009 at 2:55 pm

Avatar

mana nak dapatkan benih ubi keledek?

2 | amir

June 29th, 2009 at 8:36 am

Avatar

bape lama nak tanam keledek ni dari tarikh tanam

3 | admin

July 8th, 2009 at 2:19 am

Avatar

Tanaman keldek ni biasanya cepat dalam masa 3-4 bulan sahaja mengikut jenis keledek..

4 | admin

July 8th, 2009 at 2:33 am

Avatar

kat banting banyak ditanam ubi keledek.. boleh cari di sana..

5 | osmar bin ismail

August 22nd, 2009 at 7:55 am

Avatar

Bolih tak tuan beri panduan dimana masaalah kita khususnya ialah ” pemasaran dan penjualan
produk yg kita telah kita tanamankan.
Saya pernah berususan dengan FAMA, tapi cuma
indah kabar dari rupa…dia beli produk dengan kami
dengan berbagai syarat dan bayar lewat…bukan nak membantu Bumiputra, tapi ” mematikan “lagi ada…tanya lag petani petani kg yg lain…Tolong huraikan…

6 | razi

October 2nd, 2009 at 10:10 am

Avatar

boleh tak tuan bagi no tel pengusaha tanaman keledek di banting?

razi 0136526073

Comment Form


  • adilah razak: salam...biaseny pokok betik akn berbuah@akan mngeluarkan hasil dalam jgka umur brapa?
  • adilah razak: salam,nk ty nie,klu pokok klape sawit yg plepah die trcbut dn tggal batang sahaje tu,adekh dsbbkn pokok trsebut telah tua.... satu lg jgke hyat bg po
  • adilah razak: assalamualaikum,saya nk ty, pggunaan warna polibeg mmpengaruhi tanaman fertigasi ke?sbb sy slalu nmpk klu tnm secare fertigasi msti gune polibeg warn

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!