Blog Teknologi Pertanian

05 Apr, 2009

Pokok Rambutan

Posted by: admin In: Rambutan| pertanian

Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek. Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil. Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm. Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari.
Pokok rambutan boleh ditanam menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang. Jarak tanaman disyorkan adalah 9 m x 9 m. Sistem tiga segi dapat memberikan bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dari sistem segi empat sama (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi). Sistem sesiku keluang dapat memberikan kepadatan pokok yang tinggi dengan tambahan 100% bagi satu kawasan.

Sistem sesiku keluang melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sederhana dan dibuang apabila pokok rambutan berumur 12 tahun atau kanopi mula bertemu.

Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang. Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja. Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_rambutan.htm

Tags: ,

4 Responses to "Pokok Rambutan"

1 | md nor

May 20th, 2009 at 2:49 pm

Avatar

Pokok rambutan saya berumur 10 tahun. Terdapat semut hitam menyerang dan membuat sarang dalam batang pokok menyebabkan dahan dan ranting mati. Siapa boleh bantu? Apa ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

2 | mhd.yusof b kamarudin

June 18th, 2009 at 12:41 am

Avatar

kenapa pada musim kali ini buah rambutan saya mengalami pecah kulit sebelum masak dan hampir keseluruhan buah mengalami keadaan yang sama. Dari pemerhatian saya tiada bekan gigitan keluang/kelawar. Adakah disebabkan cuaca terlalu panas atau ianya sejenis serangan penyakit Boleh kah bantu saya dalam hal ini.

3 | KH

June 20th, 2009 at 2:57 am

Avatar

nak tanya ada sesiapa tahu di mana saya boleh beli pokok benih rambutan jenis ‘anak sekolah’..thx

4 | admin

July 8th, 2009 at 2:24 am

Avatar

susah nak digambarkan pecah kulit yang bagaimana.. kalau ada gambar boleh bagi saya tak.. kadang-kadang pecah kulit disebabkan kesan kandungan nutrien yang tinggi atau toksik.. dan cuaca panas pun boleh membantu terjadinya perkara begini..

Comment Form


  • anuar: bagai mana hendak mengubah atau menyemai semula anak pokok tongkat ali yang tumbuh merata rata di kawasan sy.
  • anuar: penanaman melalui benih yg di beli dari jabatan pertanian.nak tahu tanah yg sesuai sekali bagi penanaman anggur.
  • anuar: penanaman pokok pisang (awak) hendak lah disekitar tempat yang terlindung terus dari pancaran matahari dan baja yg mencukupi.pokok akan menjadi lebih

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!