Blog Teknologi Pertanian

02 Jun, 2009

Penanaman Nangka

Posted by: admin In: Nangka

Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.

Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.

Tiga klon kultivar yang disyorkan:-

J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/panduan_tanamnangka.htm

Tags:

No Responses to "Penanaman Nangka"

Comment Form


  • azremy bin muhamad: Assalammualaikum.., saya ingin memberi cadangan bahawa, apa kata kita gunakan sistem automasi dalam bidang pertanian. dimana kita hanya menggunakan su
  • Cherisha: Tahniah! Blog ini mmg satu blog yg berjaya krn dpt memberi byk informasi yg berguna. Saya seorang pelajar siswazah di USM. Saya mempunyai seorang kawa
  • iskanda: Assalammualaikum, Saya berminat nak tahu cara penanaman secara fertigasi rock melon, jenis bahan/tanah yang diperlukan untuk menanam

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!