Tanaman Pitaya ini terletak di Kulim, Kedah.
Tanaman Pitaya ini ditanam berhampiran dengan ladang kelapa sawit. Setiap tiang akan ditanam dengan 4 batang pokok.
Dahan-dahan tua dan tunas air dibuang bagi mengelakkan kanopi yang terlalu rimbun atau padat yang boleh menyebabkan serangan penyakit.
Keadaan kanopi pokok pitaya dari pandangan atas. Ruang diperlukan di dalam kanopi bagi pengudaraan udara yang baik agar dapat mengurangkan pembiakan kulat/bakteria.
Dahan Pitaya yang sedang mengeluarkan bunga.
Bunga Pitaya yang telah berkembang akan layu untuk jangka masa tertentu. Biasanya ia akan berkembang pada waktu malam dan kuncup pada waktu pagi.
Buah Pitaya yang baru terbentuk selepas pendebungaan.
Buah Pitaya yang sudah hampir matang akan berwarna kemerahan.
“Pertanian Adalah Peniagaan”