Sistem pemasaran merupakan satu aktiviti yang kompleks kerana melibatkan pelbagai lingkungan pemasaran di mana berlakunya pelbagai interaksi di kalangan pengeluar, pemborong dan peruncit. Pemasaran hasil pertanian yang berterusan juga bergantung kepada beberapa perkara bagi menjamin hasil yang dikeluarkan tidak menjadi lambakan dan terus sampai kepada konsumer. Perkara-perkara tersebut adalah seperti jumlah pengeluaran, kemudahan logistik, citarasa [...]