Blog Teknologi Pertanian

Selain dari najis binatang, abu tandan kelapa sawit dan sebagainya, penggunaan mikrob tanah juga boleh membantu menyuburkan tanah. Salah satu mikrob tanah yang memberi faedah ialah kulat mikorhiza, ia dapat dapat meningkatkan kesuburan tanaman di samping menambah ketahanan pokok terhadap serangan penyakit akar.

Mikoriza adalah organisma yang hidupnya bersimbiosis atau bekerjasama dengan akar tanaman. Ia hidup di dalam akar dan menyebarkan hifanya yang panjang untuk menyerap nutrien tanah.

Antara Fungsi Mikoriza ialah;

  • Merangsang pertumbuhan akar rerambut yang intensif dalam jangka masa singkat.
  • Meningkatkan penyerapan air dan nutrien melalui peningkatan luas akar.
  • Menyediakan unsur yang sukar diserap terutamanya unsur P, Cu dan Zn.
  • Mempercepatkan pokok berbunga dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi.

Keterangan lanjut, anda boleh download artikel ini melalui web jabatan pertanian >> http://www.doa.gov.my/media_pengembangan/

12 Nov, 2009

Durian Belanda

Posted by: admin In: Durian belanda

durian_belanda

Gambar di atas merupakan anak pokok durian belanda. Ada sesiapa ke yang ada menanam pokok ini di rumah? Sejak akhir-akhir ini buah durian belanda mendapat permintaan yang tinggi untuk di tanam secara komersil. Ini kerana buah durian belanda dapat dijadikan jus minimum yang sedap.

Buah durian belanda atau nama sainifiknya annona muricata mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!