Kacang Panjang sesuai ditanam di kawasan tanah gambut. Bajak tanah dengan kapur (magnesium limestone) dengan kadar 2.5 mt/ha. Gaulkan baja organik (tahi ayam reput) dengan kadar 2 mt./ha. Biji benih ditanam sedalam 3 cm (2-3 biji selubang) dengan jarak 70 cm x 25 cm dan jarak antara batas ialah 1.0 m. Ketinggian pokok antara 45 cm - 60 cm.
Kacang Panjang mula berbunga antara 40 hari atau 5-6 minggu selepas menanam. Kelopak bunga berwarna biru muda dan mengeluarkan kacang antara 25-45 cm panjang dan 0.6-0.8 cm garispusat. Pengutipan hasil dilakukan sehingga 8-10 minggu bermula dari tempoh menanam, bergantung kepada kesuburan pokok dan kesesuaian tanah. Kajian mendapati varieti ini boleh mengeluarkan hasil lebih kurang 130-160 g lenggai / pokok atau 9-111 mt/ha. Anggaran harga di ladang RM1.50/kg. Analisis ekonomi juga menunjukkan Kacang Panjang adalah menguntungkan dan berpotensi luas.
Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_kcgpanjang.htm