Nangka atau (Artocarpus heterophyllus Lam) dari keluarga Moraceae tergolong dalam jenis buah yang tidak bermusim. Dipercayai berasal dari India dan pada masa ini terdapat di Indonesia, Thailand dan Filipino. Di Malaysia, Nangka banyak ditanam di negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Terengganu,
Terdapat beberapa klon yang disyorkan untuk ditanam secara komersial iaitu termasuklah klon J 29, J 31 (N.S 1) dan J 32, Klon ini mempunyai permintaan yang balk di pasaran kerana saiz yang tidak terlalu besar, isi yang tebal, halus dan manis (lebih 13% Brix), disamping warna isi yang kuat.
Penuaian perlu dilakukan apabila mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya 130 hingga 140 hari selepas putik ataupun 90 hingga 95 hari selepas dibalut. Kematangan buah ditentukan dengan melihat tangkainya yang bertukar warna dari hijau tua ke kuning perang, serta rupa bentuk duri yang bertukar menjadi lebih jarang, lebar dan pendek. Biasanya Nangka akan masak dalam masa 3 hingga 4 hari dalam keadaan suhu biasa. Suhu penyimpanan sementara yang optimum untuk buah Nangka ialah 11-13°C pada kadar kelembapan relatif 85-90%.