Blog Teknologi Pertanian

31 Jan, 2009

Tanaman Salak

Posted by: admin In: Salak| pertanian

Salak, Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Palmae. Rasanya unik masam, manis serta berbau wangi. Di Sabah, tanaman salak terdapat di beberapa tempat terutamanya di Daerah Sandakan dan Tawau.

Tanaman salak memerlukan tanah yang salir bebas dan kaya dengan unsur organik. Tanah podzolik dan regosol dengan PH antara 4.5 hingga 8.0 didapati sesuai. Bagaimanapun, tanaman salak sesuai ditanam di kawasan yang kecerunannya tidak melebihi 25° dan ketinggian dari aras laut yang tidak melebihi 300 meter.
Salak tumbuh subur di kawasan lembap dengan taburan hujan tahunan antara 1700 dan 3100 mm.

Oleh kerana akar salak lebih banyak terdapat di permukaan tanah, tanaman ini lebih sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai aras air tanah yang tinggi atau curahan hujan yang banyak sepanjang tahun. Bagaimanapun, tanaman salak tidak tahan terhadap keadaan tergenang. Suhu yang sesuai adalah antara 22°C dan 32°C.

Duri buah salak dari pandangan dekat

Hasil buah salak yang telah dipetik

Isi buah salak yang masam-maam manis apabila di makan

‘Pertanian Adalah Perniagaan’

5 Responses to "Tanaman Salak"

1 | Puan Banu

February 2nd, 2009 at 8:51 pm

Avatar

pokok salak n kena didebungakan ke,baru nak mengeluarkan buah?

2 | sariy

May 20th, 2009 at 2:12 am

Avatar

salak madu yang ditanam di kunak berasal dari selawesi.Salah seorang pengusahanya adalah en sabur,keluasan tanaman buah salaknya kira-kira 7 ekar.baru-baru ini tanaman buah salak beliau teleh diterbitkan oleh RTM ( Agrotek)..em..hrga utk 1 kg RM 3 je….nak oder? bleh, email je sy…

3 | Zolkifle Salleh

June 21st, 2009 at 5:04 am

Avatar

Saya ingin bertanya, adakah kumbang pendebungaan bagi salak indonesia sama dengan kumbang kelapa sawit sebab sekali pandang seakan sama dan nama saintifik bagi kumbang tersebut.

4 | waheda

June 21st, 2009 at 9:34 am

Avatar

saya dari kulai, johor.saya berminat nak beli berapa harga sekilo
call : 0137254704

5 | PADAidi kunak

June 24th, 2009 at 6:01 am

Avatar

pendebungaan salak boleh dilakukan dgn 2 cara,iaitu manual dan bantuan seranggan seperti lebah dan kumbang.scr manual, pekerja lah..ambik bunga jantan yang matang, lekat pd bunga betina,sblm tu ‘renjis-renjis’ skit bunga jantan tu,spya debu2 td lekat pd bunga betina…dgn bantuan serangga ni pula, bila serangga singgah ke bunga jantan, debu2 td akan melekat pd bdn serangga td..jd bila serangga tersebut singgah ke bunga beting, scr tdk langung pendebungaan akn terjadi..nak tau lebih lanjut???berkunjunglah ke kunak…email je sy..sy akan terangkan dgn terperinci..blanje mkn buah salak sampai puas……

Comment Form


  • PADAidi kunak: pendebungaan salak boleh dilakukan dgn 2 cara,iaitu manual dan bantuan seranggan seperti lebah dan kumbang.scr manual, pekerja lah..ambik bunga jantan
  • waheda: saya dari kulai, johor.saya berminat nak beli berapa harga sekilo call : 0137254704
  • Zolkifle Salleh: Saya ingin bertanya, adakah kumbang pendebungaan bagi salak indonesia sama dengan kumbang kelapa sawit sebab sekali pandang seakan sama dan nama saint

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Infotani Percuma !! KLIK SINI !!

eBook Import Dari China