Gambar ini diambil di satu pameran pada awal tahun 2007. Saya cuba selongkar kembali gambar-gambar yang lama-lama untuk tatapan pembaca. Simpan sahaja pun tak guna kan. Gambar ni saya ambil di gerai yang perubatan tradisional yang berasaskan ramuan herba.
Kalau dilihat memang macam-macam jenis tumbuhan herba yang kebanyakkannya diambil di hutan. Kebanyakkan tumbuhan tersebut memang tidak saya kenali. Sempat juga saya bertanyakan tentang tumbuhan herba tersebut pada tuannya. Tapi sekarang dah lupa lah.. Yang saya masih ingat, dia ada ajak saya kalau ingin masuk hutan untuk cari tumbuhan herba ini.
Yang paling berharga saya rasa Raja Kayu di bawah ini. Dikatakan ianya susah dijumpai kerana mempunyai penunggu yang menjaganya. Herba-herba ini akan diadun menjadi satu ramuan bagi merawat sesuatu penyakit. Menurut penjual ubat herba ini, sejenis herba sahaja tidak mujarab bagi merawat penyakit. Ia memerlukan campuran tertentu mengikut khasiat herba dan nisbah tertentu bagi setiap ramuan untuk dijadikan ubat.
Macam-macam jenis herba kita boleh lihat di bawah ini. Antaranya adalah seperti Tongkat aji samad, Tulang belut, Tengkuk biawak dan larak tupai jantan.
Adakah anda pernah melihat dan mengenalinya sebelum ini?
Kayu herba yang biasa kita lihat adalah seperti di atas iaitu kayu serapat dan kayu kacip fatimah. Gambar di bawah pula ialah kayu-kayu herba seperti tongkat ali dan derhaka mertua.