Segala informasi tentang teknologi pertanian
Posts tagged Tanaman
Tanaman Jagung
Feb 13th

Tanaman jagung ini terletak di Kedah. Jagung manis segar mendapat pasaran yang baik pada masa ini. Jagung boleh dijadikan ramuan untuk kek, aiskrim, sirap, kanji jagung dan makanan bayi.

Pokok jagung yang subur dapat menghasilkan buah yang berkualiti. Jagung manis boleh dituai 60-65 hari selepas ditanam. Hasil yang diperoleh sehingga 40,000 tongkol/ha. Batang jagung pula boleh dijadikan makanan ternakan atau baja organik.

Buah jagung yang telah dituai akan dijual kepada pemborong

“Pertanian adalah Perniagaan”
Tanaman Salak
Jan 31st

Salak, Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Palmae. Rasanya unik masam, manis serta berbau wangi. Di Sabah, tanaman salak terdapat di beberapa tempat terutamanya di Daerah Sandakan dan Tawau.

Tanaman salak memerlukan tanah yang salir bebas dan kaya dengan unsur organik. Tanah podzolik dan regosol dengan PH antara 4.5 hingga 8.0 didapati sesuai. Bagaimanapun, tanaman salak sesuai ditanam di kawasan yang kecerunannya tidak melebihi 25° dan ketinggian dari aras laut yang tidak melebihi 300 meter.
Salak tumbuh subur di kawasan lembap dengan taburan hujan tahunan antara 1700 dan 3100 mm.

Oleh kerana akar salak lebih banyak terdapat di permukaan tanah, tanaman ini lebih sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai aras air tanah yang tinggi atau curahan hujan yang banyak sepanjang tahun. Bagaimanapun, tanaman salak tidak tahan terhadap keadaan tergenang. Suhu yang sesuai adalah antara 22°C dan 32°C.

Duri buah salak dari pandangan dekat

Hasil buah salak yang telah dipetik

Isi buah salak yang masam-maam manis apabila di makan
‘Pertanian Adalah Perniagaan’
Tanaman Dokong
Jan 22nd

Dokong (Lanslum domesticum Corr) amat berpotensi untuk dimajukan dan digemari ramai sebagai buah yang dimakan segar. Pokok dokong boleh mencapai tahap ketlnggian 6-10 meter, la boleh ditanam dari anak pokok dan cantuman. Bentuk pokok yang dibiak dari biji adalah oval, mananakala yang dibiak dengan cantuman akan lebih rendang dan terbuka.
Tanaman dokong didapati tumbuh dikebanyakan tanah mineral dan amat subur di tanah lanar sungai dan lom berpasir.la juga memerlukan tanah yang dalam, gembur, mempunyai bahan organan yang tinggi, cukup kelembapan dan mempunyai saliran yang balk.

Tanaman dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan secara keratan. Jarak yang disyorkan ialah 7.5m x 7.5m. Sediakan lubang 0.6 x 0.6m x 0.6m dan tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah kemudian dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari selama 2-3 minggu. Tanah digaul dengan IRP dan 10 kg baja organik atau kompos. Padatkan tanah disekeliling anak pokok dan letak sungkupan dipangkal pokok.

Pada tiga tahun pertama penanaman diladang, pokok dokong memerlukan 40 – 60% teduhan. Pokok Gliricidia,petai, petai belalang dan pisang sesuai ditanam sebagai pokok lindungan. Pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga bergantung kepada kesuburan pokok.

Buah dokong yang masih hijau kekuningan

Buah dokong yang sudah masak dan sedia untuk dituai
“Pertanian Adalah Peniagaan”
