Segala informasi tentang teknologi pertanian
Posts tagged Rock Melon
Kaedah autopot
Jan 14th

Teknologi penanaman fertigasi menggunakan kaedah autopot adalah merupakan satu inovasi baru dalam bidang pertanian moden di Malaysia. Kaedah autopot adalah sistem yang membekalkan nutrien kepada tumbuhan dengan tepat mengikut keperluan secara automatik. Ia banyak digunakan di negara maju seperti di Australia dan di Eropah menggantikan kaedah fertigasi “drip to waste system” yang menggunakan habuk kelapa. Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.
Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.
Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi beberapa masalah dan limitasi yang terdapat dalam projek fertigasi. Kaedah ini menggunakan konsep hidroponik yang mesra alam dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang seragam dan berkualiti.
Anak Benih Cili dan Rock Melon
Jul 8th

Gambar di atas merupakan benih cili yang baru bercambah lebih kurang 1 minggu. Selepas bercambah barulah benih cili tersebut dipindahkan ke polibeg yang lebih besar. Biasanya semaian cili dibuat di kawasan yang redup. Anak benih perlulah disiram setiap hari.

Gambar di atas pula ialah semain benih tembikai jenis rock melon. Biasanya tanaman rock melon menggunakan sistem fertigasi.




