Pembungaan Durian

bunga-durian0
Pokok-pokok durian yang berasal dari biji mula berbunga dan berbuah kira-kira 7-14 tahun selepas tanam, sementara pokck-pokok cantuman biasanya berbunga lebih awal iaitu kira 7-8 tahun selepas tanam, bergantung kepada klon. Perbungaan dan pengeluaran buah durian adalah bermusim iaitu dua kali setahun. Musim pembungaan utama ialah pada bulan Februari hingga April dan buah-buah mula gugur pada bulan Jun dengan kemuncak pengeluaran kira-kira pada bulan Julai atau Ogos bergantung kepada tempat dan keadaan cuaca.
bunga-durian
Musim pembungaan yang kurang lebat ialah pada bulan Julai hingga Oktober dan buah-buah dipungut hasilnya kira-kira pada bulan Disember atau Januari. Walau bagaimanapun musim pembungaan dan pengeluaran buah bergantung kepada tempat dan keadaan cuaca. Dikebanyakkan tempat pokok-pokck durian hanya berbunga dan berbuah setahun sekali sahaja iaitu pada musim utama.
bunga-durian2
Pembungaan pokok-pokok durian seperti kebanyakan pokok-pokok tropika yang lain adalah bergantung kepada keadaan cuaca, keadaan kemarau atau kering ramgkin merupakan faktor penting dalam menggalak-kan pembungaan durian. Sebaliknya keadaan hujan yang berterusan dan sangat lebat menggalakkan pertumbuhan tampang yang berlebihan. Pada masa kemarau panjang, lembapan tanah menurun dan kadar penyerapan air oleh pokok kerkurangnn dan pokok-pokok menjadi dorman dari segi pertumbuhan dan ini menggalakkan pembungaan. Walau bagaimanapun bila kudup bunga mula terbuka dan membesar bagi pembentukkan buah, air yang mencukupi diperlukan. Keadaan kemarau yang berterusan hingga keperingkat ini menyebabkan pertumbuhan kudup bunga terganggu menghasilkan bunga-bunga yang kecil dan lemah yang akhirnya gugur.
bunga-durian3
Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira empat minggu selepas bunga kerabang. Ini ialah kerana dari peringkat ini kadar pertumbuhan buah adalah tinggi. Oleh itu air yang. mencukupi tetapi tidak. berlebihan adalah diperlukan. Air yang berlebihan boleh menyebabkan pokok me nghasilk an pucuk baru dan keadaan ini akan mengujudkan pertandingan bagi mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru.

Oleh kerana adanya kedua-dua peringkat kritikal yang disebutkan tadi, adalah disyorkan supaya pekebun-pekebun menyiram pokok-pokok durian mereka dalam keadaan kemarau panjang. Penyiraman yang berlebihan tidaklah digalakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...