mangga

Kebanyakan klon-klon mangga berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim pembungaan pada amnya ialah dua kali setahun iaitu musim utama bennula pada bulan Januari atau Februari hingga Mac dan musim yang lebih rendah pembungaannya pada pertengahan tahun iaitu kira-kira pada bulan Julai hingga September. Bagi musim utama hasil-hasil dipungut pada bulan Jun hingga Ogos dan musim yang lagi satu ialah kira-kira pada bulan November atau Disember. Namun demikian, pokok-pokok mangga kadang-kadang didapati berbunga hanya sekali setahun, sepanjang tahun atau berbunga dengan tidak tentu bergantung kepada klon, keadaan cuaca dan tempat dimana pokok-pokok tersebut ditanam. Ada pula beberapa klon-klon seperti Malgoa dan Mangga Epal yang didapati berbunga sepanjang tahun dan buahnya boleh didapati pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, kemuncak penghasilan berlaku didalam musim utama.

Di Utara Semenanjung seperti di Negeri-negeri Kedah dan Perlis kebanyak-kan pokok-pokok mangga berbunga hanya sekali setahun dengan peratus pembungaan yang tinggi. Pembungaan mangga biasanya diperhatikan berlaku beberapa minggu selepas musim kering. Dikawasan-kawasan dimana musim keringnya jelas dan agak panjang pembungaan yang lebat selalu diperhatikan. Sebaliknya dikawasan yang lebat hujannya, sepanjang tahun dengan musim kering yang kurang jelas, pembungaan yang lebat jarang-jarang berlaku. Pembentukan pucuk yang lebih kerap biasanya diperhatikan dikawasan-kawasan tersebut.
Berbeza dari pokok-pokok buah-buahan tropika yang lain, pokok-pokok mangga menunjukkan tabiat pertumbuhan tampang yang tidak tentu. Pokok-pokok mengeluarkan pucuk tidak serentak dan ini berlaku beberapa kali dalam setahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...