Perosak Tanaman Kelapa Sawit

Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus Olivier) atau lebih dikenali sebagai Red Palm Weevil (RPW) merupakan perosak tanaman yang serius dan berbahaya.
Kini, ia didapati menyerang tanaman kelapa serta berpotensi merebak dan mengancam industri kelapa sawit negara.
Ancaman kumbang merah palma ini perlu dibendung dengan segera kerana industri kelapa sawit menyumbang RM50 bilion setahun kepada ekonomi negara.
Kumbang Merah Palma yang tergolong dalam order Coleoptera dan famili Curculionidae dipercayai berasal dari Asia Tropika dan dilaporkan telah menyerang tanaman di beberapa buah negara lain seperti Afrika. Eropah, India (1891), Teluk Arabia (pertengahan tahun 1980-an), Sepanyol (1994), Perancis (2006) dan kini dianggap perosak paling merbahaya bagi tanaman kurma di Timur Tengah.
Malah, Kumbang Merah Palma berkemungkinan memasuki negara ini melalui anak pokok kelapa pandan yang dibawa masuk dari Thailand dan kemasukan pokok kurma bagi tujuan tanaman landskap yang dibawa masuk secara tidak sah tanpa memperolehi sijil atau permit import.
Kitaran hayat kumbang ini biasanya bermula daripada kumbang betina yang bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau pada luka-luka yang terdapat pada pokok. la boleh menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa.
Simpton awal serangan Kumbang Merah Palma antaranya, pucuk pokok menjadi layu kekuningan, keringdan akhirnya mati.
Larva yang mengorek keseluruhan dalam batang akan menyebabkan pelepah atau batang pokok patah dan akhirnya pokok mati.
Sekiranya terdapat simpton-simpton seperti di atas atau menunjukkan tanda- tanda serangan Kumbang Merah Palma, para pengusaha kelapa dinasihatkan segera melaporkannya kepada Pejabat Pertanian berdekatan untuktindakan pengawalan dan pemusnahan.
Bagi menangani pengawalan Kumbang Merah Palma ini, pendekatan secara Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mesra alam perlu diambil.
Pemantauan dengan menggunakan feromon merupakan pendekatan kawalan yang baik dan sesuai dipraktikkan di ladang- ladang kelapa atau kelapa sawit di mana feromon ini diletakkan 30 meter antara setiap perangkap. Para pengusaha dinasihatkan agar membersihkan kawasan, memotong dan seterusnya dibakar bagi menghapuskannya daripada terus merebak.
Kaedah kawalan alternatif yang boleh digunakan adalah dengan menyembur racun serangga seperti diazinon, carbaryl atau nurelle atau siram racun pada silara bagi kawasan pokok kelapa yang rendah. Jabatan Pertanian menasihati para pengusaha industri tanaman kelapa atau kelapa sawit supaya mengambil langkah- langkah pencegahan awal bagi menggelakkan kadar kerugian yang tinggi di kemudian hari.

Penanaman Kelapa Sawit

Tanaman kelapa sawit sesuai ditanam dikawasan-kawasan yang mempunyai jumlah hujan yang mencukupi diantara 2500-3500 mm setahun dengan taburan yang sekata disepanjang tahun. Kadar evapotranspirasi pokok sawit matang dianggarkan lebih kurang 5 mm sehari. Hujan yang mencukupi diperlukan dan menjadi faktor penting mendapatkan nisbah minyak yang tinggi.
Kekurangan air boleh menyebabkan pengeluaran bunga betina berkurangan dan bertambahnya bunga jantan. Kemarau yang panjang juga boleh menyebabkan bunga gugurdan mengurangkan pengeluaran hasil tanaman.

Pancaran cahaya matahari juga boleh mempengaruhi hasil tanaman kelapa sawit. Jangka masa optima yang diperlukan oleh tanaman ini ialah selama 5 jam/hari (2000 jam/tahun).
Tanaman kelapa sawit boleh hidup subur dikawasan yang mempunyai suhu diantara 22 °C sehingga 32° C. Walaubagaimana pun suhu optima adalah diantara 24 – 27°C.
Kelapa sawit tidak tahan dengan angin kuat disebabkan saiz yang besar dan bahagian pucuk yang lembut. Adalah tidak disyorkan sawit ditanam dikawasan yang selalu dilanda ribut.
Penggunaan racun rumpai ‘am/nenbasec/’didapati meningkatkan lagi kerosakan angin pada sawit. Tanaman sawit didapati sesuai ditanam pada ketinggian 300 m dari aras laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...