Segala informasi tentang teknologi pertanian
Posts tagged Jagung
Penyediaan Tanah Bagi Tanaman Jagung
Feb 27th

Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.
Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam.

Rendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.
Rujukan selanjutnya : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_jagung.htm
Tanaman Jagung
Feb 13th

Tanaman jagung ini terletak di Kedah. Jagung manisĀ segar mendapat pasaran yang baik pada masa ini. Jagung boleh dijadikan ramuan untuk kek, aiskrim, sirap, kanji jagung dan makanan bayi.

Pokok jagung yang subur dapat menghasilkan buah yang berkualiti. Jagung manis boleh dituai 60-65 hari selepas ditanam. Hasil yang diperoleh sehingga 40,000 tongkol/ha. Batang jagung pula boleh dijadikan makanan ternakan atau baja organik.

Buah jagung yang telah dituai akan dijual kepada pemborong

“Pertanian adalah Perniagaan”
