Segala informasi tentang teknologi pertanian
Posts tagged herba
Teknologi Pengeringan Herba
Jan 7th
Di Malaysia herba biasanya dikeringkan dengan cahaya matahari ataupun terus dijual segar di pasaran runcit. Pengeringan dengan matahari adalah rumit kerana terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca yang selalu tidak menentu. Keadaan ini menyebabkan mutu herba kering tidak dapat dikawal. Pakej teknologi pengeringan dan penyimpanan herba disyorkan kepada penanam dan pengusaha produk-produk herba. Dikatakan Pengeringan menggunakan ban pengering tembakau dapat menghasilkan herba kering yang bermutu seperti yang diperlukan oleh industri. Ban pengering tembakau telah sedia ada di kebanyakkan kawasan penanaman tembakau.

Herba yang telah dikeringkan di atas adalah seperti Dukung Anak dan Pegaga. Herba yang telah dikeringkan diletakkan didalam bekas kedap udara.

Selain itu, halia dan hempedu bumi juga dikeringkan bagi tujuan penyelidikan, mengekstrak minyak pati dan sebagainya.

Antara Model pengeringan solar yang telah dibangunkan oleh MARDI.
Pokok herba hutan
Jan 5th

Akar seratus [gambar di sebelah kanan]. Pokok ini dipercayai dapat mengubati batuk sakit dada dan terkena ulat bulu. Pokok ini mempunyai ibu yang dijadikan rebusan untuk diminum.
.

Pokok Cekur emas. Pokok ini dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin dan dijadikan herba bersalin bagi wanita.
.

Pok cengal ini dikatakan dapat mengubati cirit birit. Air rebusannya boleh diminum.
.

Pokok damar minyak. Air rebusannya dapat mengubati sakit perut dan cirit birit. Teras kayu pokok ini dihancurkan dan digunakan bagi tujuan melicinkan kulit.
.

Pokok kaki merpati di antara herba yang jarang didengar.
.

Kerbau duak

Kerbau duak. Air rebusan akar pokok ini boleh diminum. Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati lemah tenaga batin.
.

Pokok Lada pahit
.

Pokok Lemuju
.

Pokok Siti fatimah merah. Air rebusan daun dan akar boleh diminum. Pokok ini dipercayai dapat mengubati buasir, sakit tulang dan dijadikan herba bersalin.
.

Pokok Susu beruang juga merupakan herba yang jarang dijumpai.
.

Pokok Tongkat Ali baginda
Ramuan Ubat dari Tumbuhan Herba
Jan 2nd
Gambar ini diambil di satu pameran pada awal tahun 2007. Saya cuba selongkar kembali gambar-gambar yang lama-lama untuk tatapan pembaca. Simpan sahaja pun tak guna kan. Gambar ni saya ambil di gerai yang perubatan tradisional yang berasaskan ramuan herba.

Kalau dilihat memang macam-macam jenis tumbuhan herba yang kebanyakkannya diambil di hutan. Kebanyakkan tumbuhan tersebut memang tidak saya kenali. Sempat juga saya bertanyakan tentang tumbuhan herba tersebut pada tuannya. Tapi sekarang dah lupa lah.. Yang saya masih ingat, dia ada ajak saya kalau ingin masuk hutan untuk cari tumbuhan herba ini.

Yang paling berharga saya rasa Raja Kayu di bawah ini. Dikatakan ianya susah dijumpai kerana mempunyai penunggu yang menjaganya. Herba-herba ini akan diadun menjadi satu ramuan bagi merawat sesuatu penyakit. Menurut penjual ubat herba ini, sejenis herba sahaja tidak mujarab bagi merawat penyakit. Ia memerlukan campuran tertentu mengikut khasiat herba dan nisbah tertentu bagi setiap ramuan untuk dijadikan ubat.

Macam-macam jenis herba kita boleh lihat di bawah ini. Antaranya adalah seperti Tongkat aji samad, Tulang belut, Tengkuk biawak dan larak tupai jantan.

Adakah anda pernah melihat dan mengenalinya sebelum ini?

Kayu herba yang biasa kita lihat adalah seperti di atas iaitu kayu serapat dan kayu kacip fatimah. Gambar di bawah pula ialah kayu-kayu herba seperti tongkat ali dan derhaka mertua.

