Durian Belanda

durian_belanda

Gambar di atas merupakan anak pokok durian belanda. Ada sesiapa ke yang ada menanam pokok ini di rumah? Sejak akhir-akhir ini buah durian belanda mendapat permintaan yang tinggi untuk di tanam secara komersil. Ini kerana buah durian belanda dapat dijadikan jus minimum yang sedap.

Buah durian belanda atau nama sainifiknya annona muricata mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Cantuman Mata Tunas pokok nangka

Anak pokok nangka biasanya dibiakkan dengan menggunakan cantuman mata tunas. Setelah berjaya dicantum, bahagian atas pokok penanti akan dipotong bagi menggalakkan pengeluaran tunas yang baru hasil dari cantuman.

Gambar di atas menunjukkan hasil daripada cantuman mata tunas yang berjaya selepas lebih kurang 2 minggu.  Biasanya kadar cantuman yang berjaya di antara 50-70%.  Dikatakan pokok nangka di antara pokok buah yang mempunyai kejayaan rendah selepas cantuman.

Selepas sebulan maka terhasillah anak pokok klon nangka yang telah berjaya hidup. Anak pokok ini akan diberikan baja yang sempurna agar pertumbuhannya lebih stabil sebelum dipindahkan ke ladang. Klon pokok nangka di atas merupakan klon Tekam Yellow.

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Longan Berlian vs Longan Ping Pong

Serba sedikit tentang longan berlian;

  • Berasal daripada Thailand
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Mengeluarkan hasil yang lebat selepas 4 tahun ditanam
  • Saiz buah sederhana tetapi lebat
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan cahaya matahari yang mencukupi
  • Pokok rendah dan penjagaan pun mudah

Serba sedikit tentang longan pingpong;

  • Berasal daripada Vietnam
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Buah besar hampir menyamai saiz bola pingpong
  • Pokok rendah/renek
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan air yang cukup dan baja organik untuk mendapat hasil yang baik
  • Memerlukan cahaya matahri yang mencukupi

Anak Pokok Kelapa Pandan

Ada sesiapa ke nak tahu harga anak pokok kelapa pandan sekarang? Tak tahulah ini harga semasa atau harga promosi sahaja. Harga 1 pokok anak pokok kelapa pandan sekarang RM10/pokok dan kalau beli 3 boleh dapat dengan harga RM20.

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Nangka Madu J33

Gambar di atas merupakan anak pokok nangka madu KLON J33. Serba sedikit tentang Klon J33 ini menurut penjual benih tersebut;

    • Pokok akan mula berbuah selepas 3 1/2 tahun ditanam
    • Memerlukan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari
    • Buahnya bersaiz di antara 15-30kg
    • Isi bewarna kuning oren, manis dan getah kurang melekat
    • Pokoknya sederhana tinggi dan perlu dipangkas
    • Isi Buahnya tahan lebih lama selepas dikupas

      “Pertanian menjana Ekonomi Negara”

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...