Segala informasi tentang teknologi pertanian
Posts tagged anak benih
Jualan Pokok Buah di Floria 2010 Putrajaya
Jul 18th
Antara anak benih pokok buah-buahan yang dijual semasa Floria 2010 yang telah berlangsung di Putrajaya. Pelbagai varieti / jenis pokok buah ada terdapat di sini.. Antara yang sempat saya rakamkan..

Pokok Cempedak, Mangga Harumanis, Mangga Epal, Mangga Taiwan..

Rambutan Gading, rambutan anak sekolah..

Pelbagai jenis varieti durian klon yang baik dan berkualiti..

Mangga Nam Dok Mai, Mangga Chokanan

Duku Kering, Duku Johor yang boleh juga tahan harganya..

Jambu batu isi merah yang juga bagi saya agak mahal

Pokok Amra/Kedondong yang boleh berbuah seawal 9 bulan.

Pokok Nangka Madu yang berbuah selepas 3 tahun

Nangka Madu J33
Aug 17th

Gambar di atas merupakan anak pokok nangka madu KLON J33. Serba sedikit tentang Klon J33 ini menurut penjual benih tersebut;
- Pokok akan mula berbuah selepas 3 1/2 tahun ditanam
- Memerlukan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari
- Buahnya bersaiz di antara 15-30kg
- Isi bewarna kuning oren, manis dan getah kurang melekat
- Pokoknya sederhana tinggi dan perlu dipangkas
- Isi Buahnya tahan lebih lama selepas dikupas
“Pertanian menjana Ekonomi Negara”
