Tanaman Buluh Madu

Anda berminat dengan Tanaman Buluh Madu? Saya ada menerima iklan dari seseorang yang menawarkan khidmat seperti berikut;

Kami menawarkan perkhidmatan seperti berikut :

* Membekal benih buluh madu
* Membuat tinjauan tanah yang bersesuaian dengan penanaman buluh madu
* Menyelia selepas penanaman dilakukan

Bagi individu yang berminat, bolehlah menghubungi / sms kami menerusi talian talipon kami di :

Fauzi : 013-465 2921

INFO :

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

Harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Perusahaan rebung mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung.

Ramai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.

Malayan Yellow Dwarf vs Malayan Red Dwarf

Tentu anda biasa melihat kelapa jenis ini di kampung-kampung. Orang kampung biasa memanggilnya sebagai kelapa gading. Nama sebenar yang lebih tepat bagi Kelapa ini ialah Malayan Yellow Dwarf. Kelapa di bawah ini pula dikenali sebagai Malayan Red Dwarf.

Tanaman Mengkudu

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia sememangnya terkenal dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Banyak produk-produk telah hasil dari tumbuhan ini. Walaupun Habitat asal pokok mengkudu adalah dikawasan hutan atau kawasan tepi kebun, namun ia telah banyak telah di tanam secara komersil. . Pokok mengkudu boleh tumbuh dikawasan bermasaalah dan akan berbuah sepanjang tahun. Kaedah pembiakan mengkudu juga mudah melalui keratan batang, biji benih dan keratan akar. Kaedah menyemai biji benih paling mudah dan lazim dijalankan kerana mudah untuk dapatkan biji benih dari buah yang masak. Kutip buah mengkudu yang besar dari pokok yang banyak hasil dengan daun yang lebar. Keluarkan biji dan rendam dalam air bersih. Menurut rujukan,  terdapat kira-kira 40,000 biji bagi setiap kilogram biji mengkudu. Kadar percambahannya pula sehingga 90% kejayaan.

Cara nak tanam pokok mengkudu ini mudah sahaja, anda boleh baca di internet.. Semai benih mengkudu dalam polibeg dan setelah ada 4-5 helai daun atau 1-2 bulan biarkan terdedah kepada cahaya matahari perlahan2. Benih berumur 24-36 minggu sesuai ditanam diladang dengan jarak tanaman 18 kaki x 24 kak atau mengikut kesesuaian jika di kawasan dusun atau dibawah tanaman kelapa. Buat lubang penanam dan masukkan baja asas serta baja MOP untuk peringkat awal. Pokok mengkudu akan matang dalam masa 18 bulan selepas ditanam. Sebanyak 4-8 kg buah mengkudu sepokok sebulan boleh dituai sepanjang tahun. Dipercayai, pokok mengkudu mampu tumbuh sehingga ketinggian 9 meter jika tidak dibuat cantasan. Jika pokok dibiarkan tinggi buah yang tua dan ranum akan gugur dan pecah dan sukar untuk menuai.

Jika anda berminat dengan tanaman mengkudu ini anda boleh terus bacanya di >> http://animhosnan.blogspot.com/2010/07/mengkudu-noni.html

Tanaman Rambutan

Tanaman rambutan merupakan satu tanaman popular di Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia masih menggemari buah rambutan. Rambutan yang paling disukai adalah seperti rambutan anak sekolah, rambutan gula batu, rambutan deli dan sebagainya. Pokok rambutan berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim buah ialah dua kali setahun, iaitu musim buah utama pada bulan Jun hingga Ogos dan sekali lagi pada bulan Disember hingga Januari. Pada musim utama, pokok rambutan berbuah lebat dan buah-buah yang bergantungan kelihatan begitu menarik sekali.  Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil.berbulu halus dan berwarna ke-hijauan. Bunga rambutan berseks tunggal. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau, tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut jenis. Kulitnya yang agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau kekuningan dan lembut. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat.
Terdapat sebanyak 200 klon yang telah didaftarkan di Malaysia, kebanyakannya mempunyai buah yang berwarna merah. Hanya klon R156 mempunyai kulit buah berwarna kuning dan dikenali sebagai ‘rambutan gading’. Klon-klon lain mempunyai buah yang berwarna merah. Kebiasaanya, pokok rambutan dibiakkan secara tampang dengan teknik cantuman mata tunas. Jika anda berminat dengan tanaman rambutan, bolehlah mendapatkan benih yang diakui sah di Jabatan Pertanian.

Jualan Beras di Agri – BDC

Dipetik dari Blog http://blogmoa.moa.gov.my/ mengenai Program Jualan Beras….

Pusat Agri-BDC telah menganjurkan satu jualan beras bertempat di MOA, sesiapa yang berkesempatan bolehlah mengunjungi segera pada tarikh-tarikh seperti berikut;

* 27 Ogos 2010 (Promosi hari Raya)
* 24 September 2010
* 15 Oktober 2010
* 29 Oktober 2010
* 12 November 2010
* 17 November 2010
* 31 Disember 2010

Tempat :

Agri-food Business Development Centre
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia(MOA)
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia

Masa : 9.30 pagi – 4.00 petang
No. Tel : 03 – 8870 1791 / 1790

Datang, jangan tak datang !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...