Blog Teknologi Pertanian
Segala informasi tentang teknologi pertanian
Segala informasi tentang teknologi pertanian
Jan 11th
Maspine berasal dari kumpulan nanas ‘Manzanah’ iaitu daripada jenis buah yang mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (‘pipingleaf’). Ia telah dibangunkan dan dinamakan ‘73-50’ oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada 1975.
Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar-kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.
Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac 1993. Dua sulur daripada setiap lima hibrid ‘piping-leaf’ telah diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian. Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu ‘53- 116’, ‘59-656’ dan ‘73-50’ (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama. Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan ‘quartering’.
Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya. Selepas hasil dituai, jambul dan
tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan di Pontian pada tahun 1999.
Secara keseluruhan, hibrid ‘73-50’ (Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan.
Maspine diisytiharkan di Stesen MARDI, Pontian pada 5 Mei 2005.
CIRI-CIRI MASPINE
Ciri-ciri tampang
• Pokok subur dan sederhana tinggi.
• Daun tidak berduri (‘piping-leaf’).
• Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
• Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan
sulur bawah.
Ciri-ciri pembungaan
• Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.
• Pengeluaran jambak bunga (‘red-heart’) 37 hari selepas aruhan hormon.
Ciri-ciri buah
• Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.
• Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
• Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
• Isi berwarna kuning keemas-emasan.
• Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16% (TSS).
• Kandungan asid rendah (0.58%).
• Cita rasa manis dan enak, sesuai dijadikan
pencuci mulut.
Hasil
• Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih
tinggi daripada Josapine.
• Rintang pada penyakit reput teras.
• Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.
Ciri-ciri pengalengan
• Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan
Gandul (16-18%).
• Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas diproses.
• pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
• Isi berwarna kuning keemas-emasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah dipotong.
• Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
• Diameter empulur buah kurang daripada 30 mm.
Dec 28th

Kelapa sawit merupakan tanaman industri yang paling penting di Malaysia dan terkenal sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

Antara varieti atau Klon kelapa sawit yang terkenal adalah seperti klon Dura, Tenera dan Pesifera yang dikatakan memberi hasil yang tinggi. Ramai pengusaha yang gembira kerana harga kelapa sawit yang baik dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Walau bagaimanapun, menurut MPOB terdapat banyak lagi jenis klon/varieti yang masih dalam kajian seperti Klon PS1, PS2,PS3,PS4,PS5,PS6,PS7 dan sebagainya.

Setiap jenis klon ini mempunyai tujuan yang berbeza seperti penghasilan bahan komestik dan sebagainya.

Lain-lain klon baru adalah seperti klon Virescens.

Setiap klon mempunyai saiz,warna dan ciri-ciri yang berbeza.

Buah Bactris pula semakin terkenal kerana dapat memberikan hasil Umbut yang juga mendapat permintaan

Lain-lain gambar anda boleh lihat di bawah ini.



Dec 14th

Varieti Nanas MD2 merupakan sejenis varieti nanas baru yang mendapat permintaan di pasaran dalam dan luar negeri. Rasanya juga dikatakan lebih manis berbanding dengan nanas Josapine. Buat masa ini harga benih bagi Varieti Nanas MD2 ini lebih mahal sedikit berbanding benih-benih nanas yang lain seperti nanas Josapine, Moris dan sebagainya. Untuk makluman gambar di atas di ambil semasa pameran MAHA 2010 yang lalu.
Dec 2nd
Varieti padi baru iaitu MR253 dan MR263 itu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan ketara. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Nov tyang lalu di MAHA2010.
Varieti MR253 mampu memberikan hasil padi yang tinggi walaupun ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti tanah gambut dan berasid. MR253 juga toleran terhadap persekitaran tersebut dan membantu meningkatkan hasil agar lebih berdaya maju dan membantu peningkatan pengeluaran
Bagi varieti MR263 pula, ia mempunyai ciri utama yang rintang kepada penyakit karah. Varieti tersebut bakal menggantikan varieti padi yang digunakan secara meluas di negara ini iaitu MR219 dan MR220.