
Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia. Teknologi Pertanian semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Jentera Pertanian semakin lama semakin moden. Jentera Pertanian amat penting dalam pertanian kerana ianya mempercepatkan kerja pertanian, menjimatkan kos buruh, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan menjimatkan masa kerja. Akhir sekali dapat meningkat produktiviti hasil.

Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa melawat Pameran Jentera dan peralatan pertanian sempena MAHA 2010 yang lalu. Memang macam-macam mesin atau jentera pertanian yang boleh dijumpai di sana. Ada mesin pengupas kelapa, mesin pembajak, mesin pemerah kelapa dara, dan pelbagai lagi. Dari sekecil-kecil mesin rumput sehingga sebesar mesin pembajak. Pelbagai Inovasi jentera pertanian juga terdapat di sana.








Ubi Keledek “VitAto” telah dikeluarkan secara rasmi oleh MARDI pada 12 Jun 2007 dan terkenal kerana mempunyai khasiat yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A.

Ubi keledek VitAto bukan sahaja boleh dimakan selepas direbus, malah ianya juga boleh diproses menjadi tepung dan sebagainya

Sarawak mempunyai kepelbagaian beras yang berpotensi tinggi seperti beras biris, beras bukit serta beras merah yang sinonim dengan negeri tersebut untuk dipasarkan secara komersial.

Antara beras-beras yang terkenal di Sarawak adalah seperti beras bajong, beras biris dan beras bario..

Beras Biris iaitu sejenis beras wangi yang lembut.

Hasil bumi dari Sarawak, padi huma (tanah tinggi) yang ditanam di kawasan Bario di Sarawak. Terdapat dalam dua jenis, beras putih dan beras yang keperang-perangan.
Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan. Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Lebih menarik lagi, walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa beras Bario mempunyai rasa berbeza dengan beras yang ditanam di tempat lain. Jika beras tersebut ditanam di kawasan lain ia akan membuahkan hasil yang tidak sama dengan beras Bario asli. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor cuaca dan bentuk muka bumi yang tidak sama. Keenakan beras yang ditanam di Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan.

Ada sesiapa orang Sarawak yang biasa makan beras-beras ini, di harap boleh bagi komen sedikit, mana satu yang sedap..

Terdapat pelbagai jenis ubi kayu yang terdapat di Malaysia seperti ubi kuning dan ubi medan. Antara varieti ubi kayu yang sering digunakan dalam industri pembuatan kerepek ialah Ubi Putih dan Ubi Sri Pontian.

Antara Ubi Putih dan Ubi Sri Pontian, jenis apa agaknya paling sedap dibuat kerepek?

Antara Produk-produk Asas Tani yang terdapat di MAHA2010 yang lalu….

Kopi Kawe..

Jus Manggis…

Jus Buah Pala…
