Blog Teknologi Pertanian

nanas-gandol
Bunga nanas bersifat tidak serasi sendiri dan memerlukan pendebungaan. Buah nanas sebenarnya ialah jenis buah komposit yang terbentuk dari 100 - 200 bebuah. Buah ini terbentuk daripada bunganya yang hermafrodit. Bagi tanaman nanas, satu “bunga nanas” ialah sebenarnya sekelompok bunga yang mengandungi banyak bunga tersusun rapi dan padat antara satu sama lain. Selepas persenyawaan, tiap-tiap bebuah mula membesar menghimpit antara satu sama lain hingga bercantum menjadi satu. Buah nanas berbentuk kon dan silinder.
nanas-josapine

Komposisi utama buah nanas ialah air 80 - 86%, gula 10 -18% dan asid sitrik 0.5 - 2%. Setiap kultivar buah nanas mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kandungan air, gula, asid, saiz empulur, saiz dan bentuk buah serta warna isi buah. Jambul buah yang terdapat diatas buah nanas sebenarnya adalah batang pendek yang mempunyai meristem dan daun. la boleh juga digunakan sebagai bahan tanaman.

nanas-n36

Di  Malaysia, pelbagai produk-produk pertanian dapat dihasilkan daripada hasil nanas ini. Antara yang biasa diamalkan ialah  nanas yang dimakan segar.
Buah nanas yang masak dimakan segar, dibuat salad buah atau rojak dan di cecah dengan perasa sos atau sambal. Buah nanas matang juga boleh dimasak untuk sajian seperti pajeri nanas, kari, masak lemak, kerabu, acar dan juga kuih-muih seperti tat, pie, kek dan puding.
nanas-selangor-sweet

Nanas Kaleng
Buah nanas diawet dan dikaleng untuk tujuan eksport dan penyimpanan lama dalam berbagai bentuk seperti potongan membulat, potongan dadu, bentuk hancur dan ketulan. Buah nanas juga dikalengkan sebagai koktail dengan buah-buahan lain.

Buah diproses
Buah-buah nanas boleh juga diproses untuk menghasilkan jem, jus, kordial, cuka dan minuman keras.

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

09 Jun, 2010

Tanaman Buah Mata Naga

Posted by: admin In: Pitaya| pertanian

pitaya4

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang telah menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini dan boleh dikatakan buah yang begitu sedap. Penanaman buah mata naga di Malaysia mendapat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah pengusaha tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran kerana tidak dapat mengatasi masalah penyakit yang sedang menyerang tanaman ini.

pitaya2
Bagi yang ingin mencuba tanaman ini dirumah, beberapa panduan boleh anda ambil. Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.
pitaya3

Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

pitaya
Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/pitaya.htm


  • Niyna Mohammad: Saya dah lama berminat nak tanam anggur tetapi saya tak pasti sama ada benih anggur yang dijual di kawasan sekitar Seremban atau Melaka manis atau tid
  • aqilah: salam..saya pelajar UKM.. sekarang tgh buat research psal kulit jagung.. kt mane bley sye dapat kulit jagung dlm kuantiti yang byk kt area lembah kl
  • judinmat: Sekarang musim durian di Kedah,Perak,Kelantan,Trengganu dan Pahang.saya baru saja melalui kawasan negeri ini banyak gerai durian di tepi jalanraya.Say

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Percuma Pelan Bisnes Cendawan !

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur !