
Pokok Jambu batu yang sedang mengeluarkan hasil.

Inilah rupa bentuk batang pokok jambu batu yang baik.

Buah jambu akan dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah dan lain-lain serangga.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Pokok Jambu batu yang sedang mengeluarkan hasil.

Inilah rupa bentuk batang pokok jambu batu yang baik.

Buah jambu akan dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah dan lain-lain serangga.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Tanaman Pitaya ini terletak di Kulim, Kedah.

Tanaman Pitaya ini ditanam berhampiran dengan ladang kelapa sawit. Setiap tiang akan ditanam dengan 4 batang pokok.

Dahan-dahan tua dan tunas air dibuang bagi mengelakkan kanopi yang terlalu rimbun atau padat yang boleh menyebabkan serangan penyakit.

Keadaan kanopi pokok pitaya dari pandangan atas. Ruang diperlukan di dalam kanopi bagi pengudaraan udara yang baik agar dapat mengurangkan pembiakan kulat/bakteria.

Dahan Pitaya yang sedang mengeluarkan bunga.

Bunga Pitaya yang telah berkembang akan layu untuk jangka masa tertentu. Biasanya ia akan berkembang pada waktu malam dan kuncup pada waktu pagi.

Buah Pitaya yang baru terbentuk selepas pendebungaan.

Buah Pitaya yang sudah hampir matang akan berwarna kemerahan.
“Pertanian Adalah Peniagaan”

Tanaman Mangga MA224 ini terletak di Kuala Muda, Kedah. Mempunyai keluasan 0.5 hektar (100pokok). Ini merupakan salah satu projek bimbingan Jabatan Pertanian.

Pokok mangga yang sedang mengeluarkan hasil akan dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah dan atau di makan serangga yang lain.

Buah Mangga yang telah matang dan sedia untuk dipetik. Bidang pertanian akan menghasilkan keuntungan apabila melihat tanaman kita mengeluarkan hasil.

Isi buah mangga yang berwarna kuning keorenan sedap rasanya apabila dimakan segar.
“Pertanian Adalah Peniagaan”

Keadaan persekitaran ladang limau yang bersih

Baja tahi ayam akan diletakkan di sekeliling pokok bagi tujuan memberikan nutrien kepada pokok serta dapat memaniskan rasa buah.

Pokok limau yang sedang berbuah.


Sedap rasa mata memandang kalau dapat hasil buah yang sebegini.


Buah limau yang di serang penyakit kulat menjejaskan kualiti buah.
“Pertanian Adalah Peniagaan”