Segala informasi tentang teknologi pertanian
@Varieti Tanaman
Kelapa Jantong
Nov 29th

Kelapa Jantong adalah jenis-jenis kelapa yang terdapat di Malaysia yang jarang dijumpai. Bentuknya yang sedikit lonjong tidak seperti kelapa-kelapa yang lain. Mungkin kelapa jenis ini ada ditanam di tempat anda. Di harap dapat kongsikannya di sini..
Buah Koko
Nov 20th

Bagi mereka yang ingin menanam pokok koko terlebih dahulu hendaklah mengetahui varieti apa yang menjanjikan hasil yang lumayan dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman daripada baka klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan. Disamping itu ia juga mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam.
Bagi penanaman baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam satu-satu kawasan. Klon-klon ini boleh dipilih samada daripada klon KKM atau MCB berasaskan kepada kecergasan dan kesesuaian klon-klon tersebut mengikut lokasi.
Antara jenis-jenis klon yang boleh anda dilihat pada gambar ini ialah Klon MCM C3 dan KKM 22. Untuk maklumat lanjut anda boleh merujuk laman Lembaga Koko Malaysia http://www.koko.gov.my
Jualan Pokok Buah di Floria 2010 Putrajaya
Jul 18th
Antara anak benih pokok buah-buahan yang dijual semasa Floria 2010 yang telah berlangsung di Putrajaya. Pelbagai varieti / jenis pokok buah ada terdapat di sini.. Antara yang sempat saya rakamkan..

Pokok Cempedak, Mangga Harumanis, Mangga Epal, Mangga Taiwan..

Rambutan Gading, rambutan anak sekolah..

Pelbagai jenis varieti durian klon yang baik dan berkualiti..

Mangga Nam Dok Mai, Mangga Chokanan

Duku Kering, Duku Johor yang boleh juga tahan harganya..

Jambu batu isi merah yang juga bagi saya agak mahal

Pokok Amra/Kedondong yang boleh berbuah seawal 9 bulan.

Pokok Nangka Madu yang berbuah selepas 3 tahun

Produk-produk Nanas
Jun 17th

Bunga nanas bersifat tidak serasi sendiri dan memerlukan pendebungaan. Buah nanas sebenarnya ialah jenis buah komposit yang terbentuk dari 100 – 200 bebuah. Buah ini terbentuk daripada bunganya yang hermafrodit. Bagi tanaman nanas, satu “bunga nanas” ialah sebenarnya sekelompok bunga yang mengandungi banyak bunga tersusun rapi dan padat antara satu sama lain. Selepas persenyawaan, tiap-tiap bebuah mula membesar menghimpit antara satu sama lain hingga bercantum menjadi satu. Buah nanas berbentuk kon dan silinder.

Komposisi utama buah nanas ialah air 80 – 86%, gula 10 -18% dan asid sitrik 0.5 – 2%. Setiap kultivar buah nanas mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kandungan air, gula, asid, saiz empulur, saiz dan bentuk buah serta warna isi buah. Jambul buah yang terdapat diatas buah nanas sebenarnya adalah batang pendek yang mempunyai meristem dan daun. la boleh juga digunakan sebagai bahan tanaman.

Di Malaysia, pelbagai produk-produk pertanian dapat dihasilkan daripada hasil nanas ini. Antara yang biasa diamalkan ialah nanas yang dimakan segar.
Buah nanas yang masak dimakan segar, dibuat salad buah atau rojak dan di cecah dengan perasa sos atau sambal. Buah nanas matang juga boleh dimasak untuk sajian seperti pajeri nanas, kari, masak lemak, kerabu, acar dan juga kuih-muih seperti tat, pie, kek dan puding.

Nanas Kaleng
Buah nanas diawet dan dikaleng untuk tujuan eksport dan penyimpanan lama dalam berbagai bentuk seperti potongan membulat, potongan dadu, bentuk hancur dan ketulan. Buah nanas juga dikalengkan sebagai koktail dengan buah-buahan lain.
Buah diproses
Buah-buah nanas boleh juga diproses untuk menghasilkan jem, jus, kordial, cuka dan minuman keras.
“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”
Cili Padi Semerah
Mar 16th

Teknologi pertanian semakin berkembang dari tahun ke tahun. Begitu jugalah perkembangan teknologi biji benih. Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah itu telah berjaya dihasilkan hasil usaha penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun. Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar Negara. Ia dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.
Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat, mampu berbuah secara serentak dan boleh dipetik dalam 11-12 minggu selepas diubah ke ladang. Bergantung kepada jenis tanah dan keadaan persekitaran, penghasilan Semerah dikatakan boleh mencapai antara 650-1,985 (g/pokok) semusim. Dengan penjagaan yang sempurna, satu pusingan tanaman Semerah boleh berlanjutan hingga setahun.
Varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya. Varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa. Cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu. Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus.
Dari segi rasa, cili pada semerah tidaklah sepedas cili padi kampung atau cili akar.. Mungkin anda mempunyai rasa yang berbeza tentang cili.. Bagi yang sukakan kepedasan, cili ini bukan untuk anda.. Jika anda pernah tanam cili ini bolehlah dikongsikan bersama…



