
Selain dari najis binatang, abu tandan kelapa sawit dan sebagainya, penggunaan mikrob tanah juga boleh membantu menyuburkan tanah. Salah satu mikrob tanah yang memberi faedah ialah kulat mikorhiza, ia dapat dapat meningkatkan kesuburan tanaman di samping menambah ketahanan pokok terhadap serangan penyakit akar.
Mikoriza adalah organisma yang hidupnya bersimbiosis atau bekerjasama dengan akar tanaman. Ia hidup di dalam akar dan menyebarkan hifanya yang panjang untuk menyerap nutrien tanah.
Antara Fungsi Mikoriza ialah;
- Merangsang pertumbuhan akar rerambut yang intensif dalam jangka masa singkat.
- Meningkatkan penyerapan air dan nutrien melalui peningkatan luas akar.
- Menyediakan unsur yang sukar diserap terutamanya unsur P, Cu dan Zn.
- Mempercepatkan pokok berbunga dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi.
Keterangan lanjut, anda boleh download artikel ini melalui web jabatan pertanian >> http://www.doa.gov.my/media_pengembangan/

Pokok betik sekaki di atas mengeluarkan bunga jantan. Bunga jantan biasanya adalah lebih panjang daripada bunga betina. Dalam penananam betik sekaki biasanya Bunga hermafrodit diperlukan kerana ia menghasilkan buah yang lebih baik dan berkualiti.

Jika anda berminat menanam buah ciku, amat disyorkan anda menanam buah ciku seperti di atas. Ciku Subang atau C63, Ciku Jantung atau C62 dan CM19 adalah di antara buah ciku yang mempunyai hasil dan kualiti yang baik serta mendapat permintaan di pasaran.

Rambutan anak sekolah atau juga disebut Klon R191 merupakan di antara klon rambutan yang paling sedap rasa isinya. Rambutan ini banyak ditanam oleh pengusaha kerana mendapat sambutan oleh pengguna.

Anda ada tanam ke pokok ni di rumah? Dah cuba rasa isinya ?

(MARDI) terus mengorak langkah memajukan industri pertanian dengan memperkenalkan ubi keledek varieti “VitAto” yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A. Kajian terhadap VitAto itu mengambil masa lebih lima tahun hasilnya mendapati ubi keledek varieti baru ini sesuai ditanam di tanah jenis bris yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. VitAto mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar atau lima kali ganda berbanding jenis terdahulu iaitu dari jenis Gendut, Telong dan Jalomas.
VitAto boleh dimakan selepas direbus, dikukus, digoreng atau dibakar serta boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng (fries), kek, ban dan mufin.Ubinya berbentuk bujur panjang serta isinya berwarna oren.