Pokok pisang perlu tanah yang sesuai

Pisang tergolong dalam kategori tumbuhan kultivar yang memerlukan suhu di antara 25 hingga 28 darjah Celsius untuk membiak.
la sesuai ditanam di kawasan tanah bertekstur lempung, berpasir, keadaan tanah yang peroi, rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.
Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 hingga 2,500 milimeter setahun terutama ketika peringkat ia berjantung.
Kebiasaannya, benih tanaman pisang boleh diperolehi dengan menggunakan teknik susur pedang, belahan dan tisu didik.

Selain dimakan mentah, kegunaan buah pisang kini telah dipelbagaikan untuk menghasilkan banyak produk makanan seperti pisang goreng,makanan ringan seperti kerepek, kek dan juga digunakan dalam masakan.
Penggunaan yang meluas itu adalah disebabkan oleh rasanya yang lazat selain mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan terperinci.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Pengenalan Baja Organik IMO

Baja Organik IMO telah banyak digunakan oleh pengusaha tanaman yang telah mengamalkan pertanian organik. Kandungan baja ini terdiri daripada organisma berfaedah setempat yang banyak terdapat di persekitaran kita.

Selain itu, nutrien dari baja organik ini diperolehi dari tulang, kulit telur dan sebagainya. Contohnya seperti CaP dan Phosphate Calcium.

Tulang yang telah dibakar akan dicampur bersama cuka dan dibiarkan selama sebulan.

Asid amino pula diperlolehi dari sumber ikan atau dikenali sebagai FAA (Fish Amino Acid)

IMO 4 merupakan peringkat dimana ia boleh diberikan kepada tanah. Ia digunakan untuk memulihkan tanah yang bermasalah.

IMO 5 adalah terhasil dari IMO 4 yang telah dicampur bersama tahi ayam mengikut nisbah tertentu. Ia digunakan sebagai baja organik yang membeikan sumber nutrien kepada tanah.

FPJ (gambar bawah) atau Fermented plant juice merupakan cecair yang didapati dari buah-buahan yang telah dicampur dengan gula merah.  Ia juga boleh digunakan pada pokok buah-buahan bagi memaniskan lagi rasa buah.

Selanjutnya  mengenai baja organik ini saya yang akan diterangkan pada artikel akan datang.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Penyediaan tanah dan batas tanaman

Kerja-kerja penyediaan tanah dan batas sedang dilakukan oleh pekerja

Plastik ‘silver shine’ diletakkan di atas batas yang telah disiapkan. Tujuannya adalah bagi mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal serangga perosak.

Alat yang digunakan bagi menebuk lubang di atas plastik

Kerja membuat lubang di atas batas sedang dijalankan

Lubang yang telah disiap dan sedia untuk ditanam

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Pokok Kelapa Pandan

Buah Kelapa Pandan yang telah dipetik

.

Batang kelapa pandan mempunyai bentuk batang yang lebih bulat pada pangkalnya.

.

Anak semaian pokok kelapa pandan sebelum dipindahkan ke ladang.

Isi buah kelapa pandan yang sangat enak dimakan segar.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Koleksi Gambar Maha 2006

Cari punya cari terjumpa koleksi gambar masa pergi Maha 2006 dahulu. Saya bagi beberapa gambar yang sempat dimuatkan dalam Blog ini.

Tanaman Jagung yang menggunakan sistem Autopot

.

Koleksi Biji Benih sayur-sayuran

Jualan Pelbagai Jenis Pokok Herba. Antaranya adalah seperti pokok putat, lenggudi putih, puding belacan, ekor kucing, kembang semangkok, lempoyang, cekur darah dan lain-lain lagi.

Ubikayu jenis Varieti Sri Pontian

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...