pertanian

tanaman-cendawan

Tanaman Cendawan

Tanaman cendawan semakin diminati banyak pengusaha disebabkan perusahaan ini amat menggalakan dari segi pasaran semasa. Ini kerana permintaan kepada cendawan segar adalah terlalu tinggi. Harga borongĀ  semasa bagi cendawan ini ialah RM5/kg.

Saya sempat melawat kawasan penanaman cendawan di Negeri Sembilan yang kini berjaya memperolehi pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan. Menurutnya, dia ingin menambah sebuah lagi rumah cendawan kerana permintaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Beliau juga sedang menganjurkan kursus cendawan bagi sesiapa sahaja yang berminat menceburi tanaman cendawan ini.

tanaman-cendawan

tanaman-cendawan2

tanaman-cendawan3

tanaman-tebu

Tanaman Tebu

tanaman-tebu
Tebu merupakan tanaman yang jarang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Tanpa mereka sedari sebenarnya tebu lebih mudah untuk ditanam dan boleh mendatangkan hasil lumayan yang berterusan. Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara komersial ialah RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan
tanaman-tebu3

Kebiasaannya, tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

Keterangan lanjut anda boleh rujuk : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tebu.htm