Limau Madu Terengganu

Serba sedikit tentang Limau Madu Terengganu seperti yang dinyatakan;

  • Mula berbuah selepas 2 tahun di tanam
  • Kerap berbuah dan lebat (perlu pemangkasan )
  • Isi manis berjus dan masah semasa kulit masih hijau
  • Memerlukan tempat yang terbuka kepada cahaya matahari
  • Penggunaan baja tahi ayam membantu meningkatkan kadar kemanisan buah

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Anak Pokok Kelapa Pandan

Ada sesiapa ke nak tahu harga anak pokok kelapa pandan sekarang? Tak tahulah ini harga semasa atau harga promosi sahaja. Harga 1 pokok anak pokok kelapa pandan sekarang RM10/pokok dan kalau beli 3 boleh dapat dengan harga RM20.

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Jambu madu Chiang Mai vs Jambu Leong

Gambar di atas ini saya tak pasti ada berapa jenis anak pokok jambu madu. Tetapi menurut maklumat yang tertera, ada 2 jenis jambu madu yang dinyatakan keterangannya.

  1. Jambu Leong/Clay Apple
  2. Jambu madu Chiang Mai

Serba sedikit tentang Jambu Leong/Clay Apple;

  • Mula berbuah selepas 2 tahun ditanam (berbuah lebat selepas 3 tahun)
  • Buah besar dan bewarna merah terang
  • Isi ranggup dan manis
  • Memerlukan pangkasan dahan untuk mendapat hasil yang banyak

Serba sedikit Jambu madu Chiang Mai;

  • Jambu madu terbaru dari Thailand
  • Mula berbuah selepas 2 tahun ditanam (berbuah lebat selepas 3 tahun)
  • Buah besar dan panjang dari jambu madu biasa
  • Buah perlu dibalut untuk mendapat hasil yang baik

Nangka Madu J33

Gambar di atas merupakan anak pokok nangka madu KLON J33. Serba sedikit tentang Klon J33 ini menurut penjual benih tersebut;

    • Pokok akan mula berbuah selepas 3 1/2 tahun ditanam
    • Memerlukan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari
    • Buahnya bersaiz di antara 15-30kg
    • Isi bewarna kuning oren, manis dan getah kurang melekat
    • Pokoknya sederhana tinggi dan perlu dipangkas
    • Isi Buahnya tahan lebih lama selepas dikupas

      “Pertanian menjana Ekonomi Negara”

      Tanaman Jagung

      Jika anda ingin menceburi bidang pertanian dan masih lagi tercari tanaman yang ingin diusahakan, tanaman jagung adalah satu yang menguntungkan.

      Pada kebiasaanya, Kultivar yang disyorkan ialah Thai Supersweet, Mas Madu, dan Improved Manis Madu. Thai Supersweet ialah sejenis komposit dari Thailand. Manis Madu pula berasal dari Thai Super Sweet setelah dibuat pemilihan untuk penyesuaian oleh pihak MARDI. Manakala Improved Manis Madu (juga dari MARDI) adalah hasil pembiak-bakaan berasaskan kacukan antara Honey Jean No. 2 yang memiliki gen sh2 shruken gene dan /(cross 7824 (sejenis jagung bijirin). Honey Jean No 2 adalah sejenis jagung hibrid dari Taiwan yang mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yang lebih seragam kalau dibandingkan dengan kultivar tempatan.

      Satu kilogram biji benih mengandungi lebih kurang 7 ribu biji benih, Untuk sehektar kawasan kira-kira 10kg biji benih diperlukan. Jarak tanaman yang disyorkan secara manual ialah 75cm antara baris dan 50cm dalam baris. Biji benih ditanam sedalam 3 – 5cm bergantung kepada keadaan tanah dan cuaca. Biji benih boleh ditanam lebih cetek di tanah yang lembab dan pada musim hujan. Masukkan 3 biji benih dalam satu lubang.
      Penjarangan dilakukan 12-14 hari selepas menanam. Tinggalkan 2 pokok selubang. Penyulaman tidak disyorkan jika kadar percambahan melebihi 50% kerana pokok sulaman yang tumbuh di antara pokok-pokok asal biasanya tidak berdaya untuk bersaing dengan pokok-pokok asal dan akan mengeluarkan tongkol yang kecil.
      Tongkol-tongkol bagi kultivar komposit yang disyorkan mula dituai di antara 68 – 72 hari selepas tanam. Jagung hibrid seperti Honey Jean No 2 berbunga lebih awal dan mula dikutip 60 – 65 hari selepas penanaman. Tongkol jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya telah mencapai saiz maksimum tetapi belum menunjukkan tanda kecut. Tongkol jagung pada peringkat ini mempunyai rerambut yang berwarna perang. Warna rerambut dipengaruhi kesuburan pokok. Pokok yang subur dan menerima kadar nitrogen yang tinggi dan rerambut tongkolnya lambat perang. Tongkol jagung dari pokok yang lebih subur biasanya matang lebih awal dari pokok yang lain.
      Kutipan hasil perlu dijalankan setiap dua hari dan boleh diteruskan sehingga dua minggu. Hanya tongkol-tongkol yang dipastikan telah berisi sahaja yang dijual. Batang pokok yang telah dituai dipatahkan untuk memudahkan penuaian kali kedua.
      Bagi kultivar yang disyorkan biasanya setiap pokok hanya mengeluarkan satu tongkol sahaja. Bagi pokok yang mengeluarkan 2 tongkol biasanya tongkol kedua (tongkol yang di bawah) kurang bermutu. Dengan penjagaan yang baik saiz tongkol akan lebih besar iaitu melebihi 500 gm setongkol dan berkualiti. Jumlah tongkol sehektar boleh mencapai 25 ribu. Kalau dicampurkan dengan tongkol yang bersaiz sederhana tongkol yang boleh dipasarkan dianggarkan berjumlah 30 ribu tongkol sehektar.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...