Nanas mempunyai beberapa jenis sulur yang digunakan bagi tujuan penanaman. Antaranya ialah sulur tangkai, sulur angin, sulur tanah dan jambul.
Kebiasaannya sulur tangkai banyak dijual oleh petani.
Varieti nanas Sarawak memang popular di tanam di Johor selain nanas Josapine. Saiz Varieti Nanas Sarawak kebiasaanya lebih besar jika dibanding dengan jenis nanas yang lain. Rasanya pun sedap namun tak setanding dengan nenas josapine. Mungkin nanas ini ada peminatnya yang tersendiri.

Terdapat 2 jenis bentuk buah nanas MD2 yang ditanam menggunakan tisu kultur iaitu bentuk kon dan bentuk silinder. Bentuk silinder merupakan bentuk yang diterima di pasaran terutamanya untuk eksport manakala bentuk kon juga dijual di pasaran tempatan.

Sulur nanas MD2 tidak berduri atau mempunyai sangat sedikit duri jika berbanding jenis nanas yang lain seperti Moris yang mempunyai banyak duri. Sulur Nanas MD2 juga sangat mahal buat masa ini.


Nenas Yankee dipercayai mendapat namanya kerana rupa fizikal buahnya seakan seluar Yankee yang popular di tahun 1970an. Seluar Yankee ketat dan sendat terutama di bahagian bawah. Jadi kononnya adalah hamba Allah apabila melihat nenas yang pada masa itu belum ada nama tapi berbentuk tirus, lalu diberikan nama nenas Yankee.
Nanas Moris merupakan salah satu varieti nanas yang popular di pasaran selain varieti nanas gandul, josapine dan N36. Dari segi fizikal, Nanas ini mempunyai daun yang berduri dan perlu berhati-hati ketika memetik buah ini.

Pokok nenas boleh ditanam daripada bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah. Penggunaan jenis bahan tanaman menentukan kematangan atau penghasilan buah tersebut. Kini, tisu kultur nanas semakin popular bagi mengatasi masalah kekurangan benih nanas.