
Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia sememangnya terkenal dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Banyak produk-produk telah hasil dari tumbuhan ini. Walaupun Habitat asal pokok mengkudu adalah dikawasan hutan atau kawasan tepi kebun, namun ia telah banyak telah di tanam secara komersil. . Pokok mengkudu boleh tumbuh dikawasan bermasaalah dan akan berbuah sepanjang tahun. Kaedah pembiakan mengkudu juga mudah melalui keratan batang, biji benih dan keratan akar. Kaedah menyemai biji benih paling mudah dan lazim dijalankan kerana mudah untuk dapatkan biji benih dari buah yang masak. Kutip buah mengkudu yang besar dari pokok yang banyak hasil dengan daun yang lebar. Keluarkan biji dan rendam dalam air bersih. Menurut rujukan, terdapat kira-kira 40,000 biji bagi setiap kilogram biji mengkudu. Kadar percambahannya pula sehingga 90% kejayaan.
Cara nak tanam pokok mengkudu ini mudah sahaja, anda boleh baca di internet.. Semai benih mengkudu dalam polibeg dan setelah ada 4-5 helai daun atau 1-2 bulan biarkan terdedah kepada cahaya matahari perlahan2. Benih berumur 24-36 minggu sesuai ditanam diladang dengan jarak tanaman 18 kaki x 24 kak atau mengikut kesesuaian jika di kawasan dusun atau dibawah tanaman kelapa. Buat lubang penanam dan masukkan baja asas serta baja MOP untuk peringkat awal. Pokok mengkudu akan matang dalam masa 18 bulan selepas ditanam. Sebanyak 4-8 kg buah mengkudu sepokok sebulan boleh dituai sepanjang tahun. Dipercayai, pokok mengkudu mampu tumbuh sehingga ketinggian 9 meter jika tidak dibuat cantasan. Jika pokok dibiarkan tinggi buah yang tua dan ranum akan gugur dan pecah dan sukar untuk menuai.
Jika anda berminat dengan tanaman mengkudu ini anda boleh terus bacanya di >> http://animhosnan.blogspot.com/2010/07/mengkudu-noni.html