
Ana-anai kebiasaanya terdapat di kawasan yang mempunyai banyak kayu reput di dalam tanah. Apabila kayu sudah habis dimakannya ia mula berkunjung pula pada batang-batang pokok yang lain. Anai-anai akan buat sarang dan membina komunitinya pada pangkal pokok dan memakan kayu-kayu sedikit demi sedikit.

Akhirnya saluran yang mengalirkan air dan makanan pada pokok juga habis dimakannya mengakibatkan pokok tidak dapat menerima air dan zat-zat mineral dari tanah. Akhirnya pokok akan mula layu dan kekeringan. Lama-lama kelamaan pokok akan tumbang disebabkan pangkal batang yang sudah reput.

Kebanyakan klon-klon mangga berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim pembungaan pada amnya ialah dua kali setahun iaitu musim utama bennula pada bulan Januari atau Februari hingga Mac dan musim yang lebih rendah pembungaannya pada pertengahan tahun iaitu kira-kira pada bulan Julai hingga September. Bagi musim utama hasil-hasil dipungut pada bulan Jun hingga Ogos dan musim yang lagi satu ialah kira-kira pada bulan November atau Disember. Namun demikian, pokok-pokok mangga kadang-kadang didapati berbunga hanya sekali setahun, sepanjang tahun atau berbunga dengan tidak tentu bergantung kepada klon, keadaan cuaca dan tempat dimana pokok-pokok tersebut ditanam. Ada pula beberapa klon-klon seperti Malgoa dan Mangga Epal yang didapati berbunga sepanjang tahun dan buahnya boleh didapati pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, kemuncak penghasilan berlaku didalam musim utama.
Di Utara Semenanjung seperti di Negeri-negeri Kedah dan Perlis kebanyak-kan pokok-pokok mangga berbunga hanya sekali setahun dengan peratus pembungaan yang tinggi. Pembungaan mangga biasanya diperhatikan berlaku beberapa minggu selepas musim kering. Dikawasan-kawasan dimana musim keringnya jelas dan agak panjang pembungaan yang lebat selalu diperhatikan. Sebaliknya dikawasan yang lebat hujannya, sepanjang tahun dengan musim kering yang kurang jelas, pembungaan yang lebat jarang-jarang berlaku. Pembentukan pucuk yang lebih kerap biasanya diperhatikan dikawasan-kawasan tersebut.
Berbeza dari pokok-pokok buah-buahan tropika yang lain, pokok-pokok mangga menunjukkan tabiat pertumbuhan tampang yang tidak tentu. Pokok-pokok mengeluarkan pucuk tidak serentak dan ini berlaku beberapa kali dalam setahun.

Mangga lemak manis pada kebiasaanya bewarna hijau walaupun sudah masak. Ada sesiapa ke ada menanam mangga ini di rumah?

Untuk memaksimumkan pengeluaran hasil mangga dan juga memperolehi harga pasaran yang baik, penanaman campuran klon mangga adalah disyorkan. Bagi kawasan yang telah ditanam dengan klon tunggal dan menghadapi masalah pembungaan dan pengeluaran buah, campuran klon boleh diperolehi dengan kaedah cantuman dewasa di ladang, di mana pokok asal akan ditebang sehingga tinggal ketinggian lebih kurang 1 meter dari permukaan tanah. Tunas baru akan mula terbit sebulan kemudian. Kerja-kerja mencantum dengan mata tunas boleh dilakukan 5 bulan selepas menebang pokok dan hasil akan diperolehi 2 tahun selepas mencantum.
Penanaman sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Bagi kawasan tanah yang rata dan landai, sistem segi empat, segi tiga sama dan siku keluang boleh digunakan, manakala di kawasn yang curam pokok ditanam mengikut kontur bagi mengurangkan masalah hakisan tanah. Jarak tanaman ialah 9m x 9m bagi klon yang bersifat tinggi dan besar dan 7.5m x 7.5m bagi klon yang sederhana besar.
Lubang tanaman digali, berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Asingkan tanah atas daripada tanah bawah. Gaulkan 10 kg baja organaik dan 200 gm CIRP dengan tanah atas dan masukkan semua ke dalam lubang, diikuti dengan tanah bawah untuk dijadikan busut. Lubang dibiarkan selama 1 bulan. Semasa menanam, lubang digali semula sebesar beg plastik anak mangga yang hendak ditanam. Buangkan plastik sebelum anak benih ditanam. Kayu pancang atau kayu penyokong digunakan supaya anak pokok tidak patah atau tumbang bila ditiup angin. Sungkupan diletak di pangkal pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal rumpai. Penyiraman dijalankan setiap hari.
Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanammangga.htm

Tanaman Mangga MA224 ini terletak di Kuala Muda, Kedah. Mempunyai keluasan 0.5 hektar (100pokok). Ini merupakan salah satu projek bimbingan Jabatan Pertanian.

Pokok mangga yang sedang mengeluarkan hasil akan dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah dan atau di makan serangga yang lain.

Buah Mangga yang telah matang dan sedia untuk dipetik. Bidang pertanian akan menghasilkan keuntungan apabila melihat tanaman kita mengeluarkan hasil.

Isi buah mangga yang berwarna kuning keorenan sedap rasanya apabila dimakan segar.
“Pertanian Adalah Peniagaan”