Berat Jambu Batu Lohan

Jambu Batu Lohan antara klon jambu batu yang popular buat masa ini. Beratnya mampu mencapai lebih 1kg sekiranya dibuat penjarangan buah. Namun bagi buah Gred A kebiasaanya beratnya mesti lebih dari 500gram kalau tidak silap saya. Itupun bergantung pada penjual dan pemborong jambu batu di sesuatu kawasan atau daerah. Harga di ladang bagi Gred A boleh mencecah RM4-RM5 bagi setiap kg.

Benih Jambu Batu

Di Malaysia Jambu Batu (Psidium guava) yang ditanam terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang bersaiz lebih besar dari biasa dan mempunyai berat lebih kurang 1kg dikenali dengan nama “Jambu Batu King” , “Jambu Batu Giant” atau “Jambu Batu Lohan”. Saya sendiri kurang pasti adakah ke tiga-tiga jenis ini adalah jenis yang sama atau tidak. Ada juga jambu batu yang mempunyai isi merah yang sesuai digunakan untuk menghasilkan jus guava. Namun, ianya jarang ditanam oleh pengusaha di Malaysia.

Penanaman Jambu Batu

Merupakan tanaman jangka panjang. Berasal dari tropika Amerika Selatan. Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih. Buah jambu batu mengandungi bebeapa jenis gula seperti fructose, D-gulose dan sucrose dimana kandungannya masing-masing adalah 3.4%, 2.8%, 0.3%. Kandungan gula didapati bertambah semakin buah membesar, dan akan diganti dengan sucrose apabila buah masak.

Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.
Di Malaysia terdapat dua musim kering iaitu pada bulan Januari-Mac dan bulan Jun-Julai. Musim kering ini akan mempengaruhi penghasilan buah jambu batu. Pada musim kemarau, pengairan adalah mustahak untuk menjamin tumbesaran dan penghasilan yang baik.

Keterangan lanjut: http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/panduan_tanamjambu.htm

Tanaman Jambu batu

Pokok Jambu batu yang sedang mengeluarkan hasil.

Inilah rupa bentuk batang pokok jambu batu yang baik.

Buah jambu akan dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah dan lain-lain serangga.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...