Segala informasi tentang teknologi pertanian
Fertigasi
Cili organik fertigasi
Feb 3rd

Tanaman cili organik yang menggunakan 100% baja organik iaitu menggunakan teknologi EM dan IMO. Kaedah pemberian larutan EM menggunakan sistem fertigasi.

Cili organik yang mempunyai kualiti buah yang lebih baik

Hasil cili organik ini boleh mencapai tahap yang membanggakan walaupun hanya menggunakan baja organik

Cili merah yang sedang masak dan sedia dikutip hasilnya

Tangki larutan yang digunakan bagi pengagihan larutan EM diberikan kepada pokok cili.

Selain itu, media bagi penanaman ialah menggunakan tanah campuran dan baja kompos Bokashi EM . Baja kompos inilah yang membekalkan banyak nutrien kepada pokok.

Baja organik yang terkandung dalam teknologi IMO seperti FAA, FPJ dan lain-lain lagi juga digunakan sebagi sumber nutrien serta fungsi yang lain.

Penyediaan larutan EM yang dihasilkan sendiri dapat menjimat kos operasi serta mengurangkan penggunaan racun serta baja kimis.

‘Pertanian adalah Perniagaan’
Pokok Strawberry Fertigasi
Jan 14th

Tanaman Strawberry biasanya ditanam dengan menggunakan kaedah Fertigasi. Kebanyakkan pokok strawberry sesuai di tanam di tanah tinggi seperti Cameron Highlands.

Pokok Strawbery yang di susun teratur di atas rak kayu.

Anak benih strawberry biasanya cepat membiak.

“Pertanian Adalah Peniagaan”
Asas Fertigasi
Jan 13th

Rumah lindungan hujan – samada berjejaring atau tidak (ikut jenis
tanaman). Bumbung dan dinding boleh ditembusi cahaya yang mencukupi. Bentuk yang baik ialah separa bulat (berlubang angin atau tiada). Sangat diperlukan untuk tanaman tomato. Tanaman lain yang ditanam menggunakan pelindung hujan adalah lebih baik berbanding secara terbuka.

Sistem pengairan -jenis titisan. Beroperasi secara manual atau automatik.
Aliran larutan baja dilakukan secara graviti, pam elektrik, injektor dsb. Di antara/ komponen yang berkaitan ialah tungki nutrien, tangki stok nutrien, timer, pam,penapis, injektor, paip utama. paip kedua, penitis, injap sehala, injap udara, ‘pressure regulator’ dsb.

Sumber air- bersih, tidak berbau. jernih, tidak tercemar, tidak terputus bekalan, pH/EC/TDS sesuai. Contoh: air paip JBA, telaga bumi, air gunung, tasik, anak sungai yang mengalir

Baja – Baja hidroponik/khas lengkap mengandungi semua jenis unsur/zat pemakanan yang diperlukan oleh tumbuhan. Formulasi disesuaikan mengikut jenis tanaman. Mudah larut. Kepekatan dan jumlah bergantung kepada jenis tanaman, peringkat tanaman dan cuaca (suhu, cahaya. angin dsb)

Media – boleh memegang air (60-80%). mengandungi ruang pengudaraan 20 – 40%, boleh diubahsuai keadaan pH nya, mudah didapati, tidak mencemar alam, murah dan praktikal.

Bekas tanaman – untuk diisi media. Puraia ketinggian 25 – 35 cm. lebar 30 45 cm. Warna pulih, hitam dll. Bahan bekas seperti polibeg plastik, pasu (plaslik , tanah liat dsb) boleh digunakan tetapi mesti mempunyai lubang aliran air keluar atau memberi ruang pengudaraan kepada akar.

Biji benih terpilih sangal pent ing untuk jaminan hasil. Disyorkan biji benih hibrid F1 dan precision seed. Dapatkan Bekalan dari sumber yang betul.Selain itu, pH/EC/TDS meter diperlukan untuk mengukur larutan dan media secara saintifik dan tepat.
“Pertanian Adalah Peniagaan”
