Segala informasi tentang teknologi pertanian
cili
Anak Benih Cili dan Rock Melon
Jul 8th

Gambar di atas merupakanĀ benih cili yang baru bercambah lebih kurang 1 minggu. Selepas bercambah barulah benih cili tersebut dipindahkan ke polibeg yang lebih besar. Biasanya semaian cili dibuat di kawasan yang redup. Anak benih perlulah disiram setiap hari.

Gambar di atas pula ialah semain benih tembikai jenis rock melon. Biasanya tanaman rock melon menggunakan sistem fertigasi.
Tanaman Cili Fertigasi
Feb 11th

Proses Tanaman Cili
1.MenyediakanAnak Benih Semaian
- Gunakan dulang semaian polistrin
- Basahkan cocopeat
- Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman
- Kambus semua biji benih
- Memeram biji benih yang disemai
- Pindahkan Anak benih ke takung yang besar
- Siram dan beri baja mengikut keperluan
2. Menyediakan Medium
Medium tanaman diisi ke dalam polibag berukuran 16″x16″ dan disusun ke ladang pada jarak 2′x3′. Contoh bahan medium digunakan ialah cocopeat, sekam, pasir, gambut, pumice, vermiculite, pearlite dan Iain-lain.
3.Penanaman
Anak benih yang matang berumur 20-30 hari dipindahkan ke dalam polibag. Hanya anak benih yang bermutu tinggi dan bebas daripada penyakit sahaja digunakan.
4. Pengairan
- Pengurusan mengenai air penting, kegunaan air dapat dioptimumkan.
- Kaedah pengairan semakin maju.
- Bagi tanaman fertigasi cili, tomato dan melon kaedah pengairan
mikro adalah paling sesuai.
- Pengairan ini merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman
dengan tempoh yang lebih kerap dengan kadar/ isipadu menghampiri
kadar penggunaan tanaman tersebut.
5. Pemerhatian Tanaman
- Memeriksa setiap pokok.
- Pastikan air drip berfungsi.
- Melilit dan mengikat pokok pada tali.
- Membuang mata tunas.
- Memantau serangan perosak dan penyakit.
- Penyemburan racun perosak.
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan.
Pembajaan
1. Nutrien Mikro
- Boron (B)
- Kopper (Cu)
- Ferum (Fe)
- Manganese (Mm
- Molybdenum (Mo)
- Zink (Zn)
2. Nutrien Makro
- Nitrogen (N)
- Fosforus (P)
- Kalium (K)
- Magnesium (Mg)
- Kalsium (Ca)
- Sulfur (S)
“Pertanian adalah Perniagaan”
Cili organik fertigasi
Feb 3rd

Tanaman cili organik yang menggunakan 100% baja organik iaituĀ menggunakan teknologi EM dan IMO. Kaedah pemberian larutan EM menggunakan sistem fertigasi.

Cili organik yang mempunyai kualiti buah yang lebih baik

Hasil cili organik ini boleh mencapai tahap yang membanggakan walaupun hanya menggunakan baja organik

Cili merah yang sedang masak dan sedia dikutip hasilnya

Tangki larutan yang digunakan bagi pengagihan larutan EM diberikan kepada pokok cili.

Selain itu, media bagi penanaman ialah menggunakan tanah campuran dan baja kompos Bokashi EM . Baja kompos inilah yang membekalkan banyak nutrien kepada pokok.

Baja organik yang terkandung dalam teknologi IMO seperti FAA, FPJ dan lain-lain lagi juga digunakan sebagi sumber nutrien serta fungsi yang lain.

Penyediaan larutan EM yang dihasilkan sendiri dapat menjimat kos operasi serta mengurangkan penggunaan racun serta baja kimis.

‘Pertanian adalah Perniagaan’
