
Kebiasaanya terdapat beberapa peringkat dalam proses penyediaan kawasan sesuatu projek pertanian iaitu menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan serta yang paling penting ialah membajak.
Menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan
Jika tapak tanaman adalah dari kawasan hutan, maka semua pokok-pokok, belukar dan rumpai mestilah ditebang dan dibersihkan. Pokok biasanya ditebang dengan menggunakan gergaji atau jentera seperti jentolak. Akar dan tunggul pokok mestilah dibersihkan jika tidak ia akan menjadi sumber inokulum bagi berbagai jenis penyakit akar dan juga perumah kepada anai-anai. Seminggu selepas ditebang kayu-kayu dihimpun untuk dibakar seelok-eloknya pada musim kering.
Selalunya bagi tanaman pokok buah-buahan jenis saka, tapak tanaman tidak perlu diratakan, kerana sistem tanaman teres boleh digunakan. Tetapi untuk tanaman buah-buahan yang memerlukan batas , seperti tembikai dan nenas ada kalanya tapak tanaman perlu diratakan. Untuk meratakan, tanah atas hendaklah ditolak dahulu dan dihimpun di satu kawasan kerana tanah atas mengandungi bahan organan dan ‘humus’ yang menjadikan tanah itu subor.
Membajak
Sebab-sebab utama membajak tapak tanaman adalah untuk memulihkan struktur atau keadaan tanah untuk penyediaan batas bagi mendapatkan pengedaran udara dan kelembapan yang sesuai bagi percambahan biji benih

Jenis-jenis jentera pembajak yang biasa digunakan ialah bajak piring (disc plough), sikat piring (disc harrow) dan bajak putar (rotary cultivator)
1. Bajak piring
Bajak piring boleh digunakan ditanah yang kering dan keras hingga tanah yang agak lembik. la digunakan dalam pusingan pertama selepas tanah-dibersihkan untuk menolong dan membalekkan tanah. Selepas dibajak tanah menjadi ketulan-ketulan yang besar.
2. Sikat piring
Fungsi sikat piring ialah untuk memecah dan menghuraikan ketulan tanah dan mendapatkan tanah permukaan yang gembur. Biasanya sikat piring digunakan sebanyak dua pusingan selepas tanah dibajak dengan bajak piring dimana ia akan menghancurkan ketulan-ketulan tanah yang besar dan menutup ruang-ruang udara.
3. Bajak putar
Bajak putar biasa digunakan untuk membuat batas. lanya dapat menghasilkan permukaan yang gembur sesuai untuk percambahan biji benih. Bajak putar boleh dipasangkan kepada trektor 4 roda, trektor 2 roda atau trektor jalan kecil (pedestrian operated). la dapat mengerjakan tanah sedalam antara 150 hingga 200 mm. Jika digunakan pada tanah yang terlalu basah, ia tidak dapat memecah dan menghuraikan tanah disebaliknya menghasilkan ketulan-ketulan besar. Kelajuan bajak putar yang rendah akan menghasilkan ketulan-ketulan yang lebih kecil dibandingkan dengan kelajuan yang lebih tinggi. Pada kelajuan yang rendah lebih banyak potongan terdapat pada satu meter jarak perjalanan.

Dahulu nangka di tanam dari biji benih terpilih dari buah yang difikirkan baik mutunya. Pokok yang ditanam dengan biji memerlukan masa yang lebih lama untuk berbuah iaitu lebih kurang 4-5 tahun. Pokok cantuman pula mula berbuah pada tahun ke 2-3 dan hasil mula stabil pada tahun ke-7 dan seterusnya..
Ada beberapa cara pembiakan tampang yang boleh digunakan bagi tanaman nangka. Kelebihan menggunakan bahan tanaman dari pokok-pokok yang dihasilkan dari cara pembiakan tampang ialah ianya berbuah lebih cepat. Selain itu, mutu buah lebih seragam. Kadar pertumbuhan pokok dan bentuk pokok juga akan lebih kurang sama. Secara tidak langsung akan menyenangkan kerja-kerja pengurusan dan pengawalan.

Terdapat tiga cara pembiakan tampang yang boleh digunakan untuk tanaman nangka. Cara yang selalu digunakan ialah cantuman tunas. Dua cara yang lain ialah cantuman baji atas dan cantuman baji sisi.
Di antara ketiga-tiga cara tadi, cantuman baji atas dikatakan memberi keputusan yang memuaskan. Peratus kejayaan dari hasil cantuman didapati paling tinggi jika disbanding jenis cantuman yang lain. Pokok penanti untuk cantuman baji boleh diambil dari benih yang baru berumur satu bulan dan pokok sudah boleh ditanam di ladang selepas 4 bulan.

Teknologi pertanian semakin berkembang dari tahun ke tahun. Begitu jugalah perkembangan teknologi biji benih. Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah itu telah berjaya dihasilkan hasil usaha penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun. Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar Negara. Ia dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.
Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat, mampu berbuah secara serentak dan boleh dipetik dalam 11-12 minggu selepas diubah ke ladang. Bergantung kepada jenis tanah dan keadaan persekitaran, penghasilan Semerah dikatakan boleh mencapai antara 650-1,985 (g/pokok) semusim. Dengan penjagaan yang sempurna, satu pusingan tanaman Semerah boleh berlanjutan hingga setahun.
Varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya. Varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa. Cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu. Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus.
Dari segi rasa, cili pada semerah tidaklah sepedas cili padi kampung atau cili akar.. Mungkin anda mempunyai rasa yang berbeza tentang cili.. Bagi yang sukakan kepedasan, cili ini bukan untuk anda.. Jika anda pernah tanam cili ini bolehlah dikongsikan bersama…

Siapa yang tidak kenal dengan cili. Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan tidak mempunyai rasa kepedasan cili merah atau cili padi.Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.Ini satu senario yang menunjukkan satu permintaan bagi industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.
Sehingga kini, penanam cili semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin disebabkan harga cili yang sentiasa memberangsangkan sehingga kadangkala mencecah RM20 harga di pasar menjadikan tanaman ini mendapat perhatian ramai pengusaha. Kaedah fertigasi yang semakin popular menjadikan tanaman cili dapat dikeluarkan secara komersil dan berskala besar. Secara tidak langsung dapat menampung permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Pertanian sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda nampak haluannya. Pertanian adalah Perniagaan.

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan
penduduk Malaysia, la dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telahdiprosesdalam bentukcili kering, cili boh, cilijeruk, serbuk cili dan soscili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ‘capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama ‘sambal belacan’.
Umumnya, penduduk Malaysia menggunakan 33,300 tan cili setahun. Sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan/tahun. Sebagai memenuhi kepertuan, cili terpaksa diimport sama ada dalam bentuk segar, kering dan juga serbuk.
Penanaman Cili
Cili sesuai ditanam pada suhu 20 – 30°C dengan taburan hujan di-antara 1500 – 2000 mm sebulan. Sekiranya air dapat dibekalkan, penanaman padamusim kemaraujuga dapat memperolehi hasilyang memuaskan.
Faktor Tanah
Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong). Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5-6.8.
Biji benih yang bermutu tinggi perlu digunakan. Sejumlah300-500g
biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman. Biji benih dirawat dengan
racun kulat thiram 3g/1000g benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam. Anak benih boleh ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Semaian Polibeg
Polibeg berukuran 12 cm x 20 cm x 0.1 mm diisi dengan tanah campuran. Tanam 2-3 bijibenih sedalam 0.5 cm. Penjarangan dijalankan apabila anak benih mempunyai 2-3 helai daun Tinggalkan satu pokok setiap polibeg. Letak polibeg di tempat teduh yang didirikan daripada plastik tembus cahaya dan jaring kalis serangga.