Segala informasi tentang teknologi pertanian
Cendawan
Cendawan Kubis, Cendawan Telinga Kera
Jan 29th
Cendawan bunga kubis merangsang faktor pertumbuhan saraf; iaitu berpotensi merawat penyakit gangguan saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok. Selai nitu, ia juga mampu merawat ulser perut dan juga antikanser.
Cendawan telinga kera pula mampu merawat penyakit kardiovaskular; seperti memecah penyakit darah beku, dan mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia mengandungi antioksidan dan melindungi kerosakan DNA
Tanaman Cendawan
Jul 30th
Tanaman cendawan semakin diminati banyak pengusaha disebabkan perusahaan ini amat menggalakan dari segi pasaran semasa. Ini kerana permintaan kepada cendawan segar adalah terlalu tinggi. Harga borongĀ semasa bagi cendawan ini ialah RM5/kg.
Saya sempat melawat kawasan penanaman cendawan di Negeri Sembilan yang kini berjaya memperolehi pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan. Menurutnya, dia ingin menambah sebuah lagi rumah cendawan kerana permintaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Beliau juga sedang menganjurkan kursus cendawan bagi sesiapa sahaja yang berminat menceburi tanaman cendawan ini.



Pertumbuhan Cendawan Tiram Kelabu
Feb 12th

Peringkat Pertama (Pertumbuhan Miselium)
* Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium.
* Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan substrat.
Peringkat Kedua (Pembentukan Kepala Paku)
* Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk.
* Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan.
Peringkat Ketiga (Peringkat Matang)
* Strukturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang.
* Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu.
* Lamela berwarna putih di bahagian bawah topi.
* Batang tersangkut pada lamela yang menyambungkannya dengan topi
* Batang berwarna putih dan berbentuk separuh bulat.
* Diameter batang bergantung kepada substrat dan faktor-faktor
persekitaran.
* Normal diameter sekitar 5-15 cm.
Khasiat CENDAWAN
* Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak.
* Rendah kalori dan serat yang tinggi.
* Zat-zat gallon yang penting untuk kesihatan.
* Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau.
* Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes dan obesiti kerana ia rendah lemak.
“Pertanian adalah Perniagaan”
Jenis-jenis Cendawan
Jan 16th





