Nanas mempunyai beberapa jenis sulur yang digunakan bagi tujuan penanaman. Antaranya ialah sulur tangkai, sulur angin, sulur tanah dan jambul.
Kebiasaannya sulur tangkai banyak dijual oleh petani.

Bunga nanas bersifat tidak serasi sendiri dan memerlukan pendebungaan. Buah nanas sebenarnya ialah jenis buah komposit yang terbentuk dari 100 – 200 bebuah. Buah ini terbentuk daripada bunganya yang hermafrodit. Bagi tanaman nanas, satu “bunga nanas” ialah sebenarnya sekelompok bunga yang mengandungi banyak bunga tersusun rapi dan padat antara satu sama lain. Selepas persenyawaan, tiap-tiap bebuah mula membesar menghimpit antara satu sama lain hingga bercantum menjadi satu. Buah nanas berbentuk kon dan silinder.

Komposisi utama buah nanas ialah air 80 – 86%, gula 10 -18% dan asid sitrik 0.5 – 2%. Setiap kultivar buah nanas mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kandungan air, gula, asid, saiz empulur, saiz dan bentuk buah serta warna isi buah. Jambul buah yang terdapat diatas buah nanas sebenarnya adalah batang pendek yang mempunyai meristem dan daun. la boleh juga digunakan sebagai bahan tanaman.

Di Malaysia, pelbagai produk-produk pertanian dapat dihasilkan daripada hasil nanas ini. Antara yang biasa diamalkan ialah nanas yang dimakan segar.
Buah nanas yang masak dimakan segar, dibuat salad buah atau rojak dan di cecah dengan perasa sos atau sambal. Buah nanas matang juga boleh dimasak untuk sajian seperti pajeri nanas, kari, masak lemak, kerabu, acar dan juga kuih-muih seperti tat, pie, kek dan puding.

Nanas Kaleng
Buah nanas diawet dan dikaleng untuk tujuan eksport dan penyimpanan lama dalam berbagai bentuk seperti potongan membulat, potongan dadu, bentuk hancur dan ketulan. Buah nanas juga dikalengkan sebagai koktail dengan buah-buahan lain.
Buah diproses
Buah-buah nanas boleh juga diproses untuk menghasilkan jem, jus, kordial, cuka dan minuman keras.
“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Seperti yang diketahui memang terdapat pelbagai jenis durian yang terdapat di Malaysia. Yang paling mendapat permintaan ialah durian jenis klon atau setengah orang pangggil durian kahwin. Di Malaysia terdapat lebih dari 200 jenis klon yang berdaftar dibawah Jabatan Pertanian.
Biasanya bentuk daun adalah berbeza dengan durian klon yang lain.

Siapa yang biasa makan durian klon tentu pernah rasa durian Klon D99. Bentuk buah durian klon D99 ni memang unik dan menarik.. Durian ini juaga dikenali sebagai Kop Kecil dan berasal daripada Thailand.

Anak pokok nangka biasanya dibiakkan dengan menggunakan cantuman mata tunas. Setelah berjaya dicantum, bahagian atas pokok penanti akan dipotong bagi menggalakkan pengeluaran tunas yang baru hasil dari cantuman.

Gambar di atas menunjukkan hasil daripada cantuman mata tunas yang berjaya selepas lebih kurang 2 minggu. Biasanya kadar cantuman yang berjaya di antara 50-70%. Dikatakan pokok nangka di antara pokok buah yang mempunyai kejayaan rendah selepas cantuman.

Selepas sebulan maka terhasillah anak pokok klon nangka yang telah berjaya hidup. Anak pokok ini akan diberikan baja yang sempurna agar pertumbuhannya lebih stabil sebelum dipindahkan ke ladang. Klon pokok nangka di atas merupakan klon Tekam Yellow.
“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”