
Tanaman Strawberi
Seperti yang kita tahu pokok strawberi memang sesuai ditanam di tanah tinggi. Kita juga tahu buah strawberi banyak kelebihannya. Namun hanya sebahagian sahaja yang tahu rahsia tanaman ini.

Bunga Strawberi
Tahukah anda.. semakin ramai orang di luar sana sedang mencari artikel mengenai tanaman strawberi secara fertigasi di Cameron Highlands. Ramai juga yang berminat ingin tahu mengenai cara mendapatkan benih strawberi, apakah baja untuk pokok strawberi, cara menanam pokok strawberi, jenis tanah untuk penanaman strawberi di cameron highlands, kaedah pemasaran buah strawberi, kajian tentang penanaman strawberi, pembiakan pokok strawberi, pendebungaan strawberi, teknologi terkini tanaman strawberi dan sebagainya.

Tanaman Strawberi
Saya tidaklah arif mengenai tanaman ini namun saya akan berkongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan mengenai Penanaman Strawberi di Cameron Highlands. Buah Strawberi ni terdapat beberapa jenis varieti, antaranya ialah Varieti Camarosa dan Camaroga.

Tanaman Strawberi
Dengan menggunakan sistem fertigasi bertingkat, kawasan seluas 0.25 ha boleh ditanam lebih kurang 30,000 pokok. Hasil buah ialah 1kg/pokok/tahun. Tempoh ekonomi tanaman ini ialah antara 2-3 tahun.

Buah Strawberi
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanaman ini bolehlah merujuk atau melawat Stesen Mardi di Cameron Highland. Di sana memang ada kajian yang dilakukan mengenai tanaman ini. Mungkin anda boleh dapatkan panduan tanam strawberi atau contoh kertas kerja penanaman strawberi.

Baja Fertigasi SET A yang terdiri dari Kalsium Nitrat, Ferum EDTA…

Baja Fertigasi SET B yang terdiri dari Ammonium Nitrat, Kalium Nitrat, Asid Borik, Kuprum Sulfat…

Hasil larutan baja Set A dan Set B yang sedia digunakan

Peralatan Fertigasi yang digunakan bagi pemasangan sistem fertigasi

Antaranya ialah adapter, male/female, joiner…

Elbow coupling, Tee coupling, Equal Tee, Elbow…

Dripper, penebuk lubang dan microtube

Teknologi Tisu Kultur yang semakin berkembang di Malaysia tidak kira sama ada dalam bidang pertanian atau perindustrian. Peningkatan populasi di negara kita menyebabkan permintaan yang tinggi dalam semua barangan. Untuk memenuhi permintaan-permintaan ini, pelbagai teknologi dicipta dan dikembangkan untuk tujuan ini. Dalam bidang pertanian khususnya, pelbagai penemuan telah dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu keluaran. Kaedah yang berteknologi tinggi iaitu melalui kaedah kultur tisu mampu menghasilkan berjuta-juta anak benih dalam masa yang singkat.

Ana-anai kebiasaanya terdapat di kawasan yang mempunyai banyak kayu reput di dalam tanah. Apabila kayu sudah habis dimakannya ia mula berkunjung pula pada batang-batang pokok yang lain. Anai-anai akan buat sarang dan membina komunitinya pada pangkal pokok dan memakan kayu-kayu sedikit demi sedikit.

Akhirnya saluran yang mengalirkan air dan makanan pada pokok juga habis dimakannya mengakibatkan pokok tidak dapat menerima air dan zat-zat mineral dari tanah. Akhirnya pokok akan mula layu dan kekeringan. Lama-lama kelamaan pokok akan tumbang disebabkan pangkal batang yang sudah reput.